Selasa, 17 November 2015

KETRAMPILAN DIRI



Golongan remaja perlu membina ketrampilan diri agar dapat menjadi generasi berwibawa.  Keterampilan diri memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan remaja untuk menjalin hubungan dengan orang lain.  Untuk mengharungi hidup para remaja perlu mempunyai kepercayaan dan kekuatan diri dari segi mental dan fizikal.  Persoalan yang sering bermain dalam benak fikiran remaja ialah;
·         Bagaimana remaja melihat dirinya
·         Bagaimana remaja mahu dirinya dilihat; dan
·         Bagaimana remaja mempamerkan dirinya kepada orang lain.
Sikap yang baik menyumbang kejayaan kepada individu.  Sikap yang baik adalah sangat penting dalam kehdiupan.  Ia melingkungi wadah sosial kehidupan termasuk kehidupan peribadi dan profesional seseorang.  Bolehkan seseorang berjaya tanpa sikap yang baik?  Bolehkah seorang pelajar menjadi cemerlang tanpa sikap yang sempurna?
Seseorang individu yang mempunyai sikap yang baik akan dapat dan mampu untuk;
·         Meningkatkan produktiviti
·         Menggalakkan kerja berkumpulan
·         Menyelesaikan masalah
·         Membaiki kualiti
·         Menghasilkan suasana yang menyenangkan
·         Melahirkan rasa setia
·         Meningkatkan keuntungan
·         Menggalakkan hubungan lebih baik dengan orang lain
·         Mengurangkan tekanan terhadap diri dan orang lain (termasuk tidak memberi tekanan)
·         Membantu menyumbang kepada masyarakat
·         Menghasilkan keperibadian yang menyenangkan
Manakala seseorang individu yang mempunyai sikap yang TIDAK baik akan membawa kepada
·         Keperitan
·         Kebencian
·         Kehidupan yang tidak bererti
·         Sentiasa tidak sihat
·         Hidup dalam tekanan dan kemurungan
Keterampilan diri sebenarnya adalah hasil dari pembentukan sikap.  Pembentukan sikap yang baik menjadikan seseorang itu berketerampilan sempurna.

Siapa Sebenarnya Kita?




"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.. Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?" Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?"  Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..  Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Ibrahim.  Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim lagi.  Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Ibrahim.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak?  Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut."

"RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof.Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?"jelas Prof Ibrahim.

Semua peserta ternganga mendengar penerangan profesor itu dan mereka lantas mengiyakan kebenaran kata-kata profesor itu...

Moral: 
Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya diri kita.

AIR MATA MUTIARA



 Image result for MUTIARA

Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.  "Anakku," kata sang ibu sambil bercucuran air mata, "Tuhan tidak memberikan pada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun, sehingga Ibu tak dapat menolongmu."

Si ibu terdiam, sejenak, "Aku tahu bahawa itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan perit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang mampu kau lakukan", kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerang pun melakukan nasihat bondanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit terkadang masih terasa. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya.

 Tetapi tanpa disadarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar.

 Image result for MUTIARA

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, kukuh berkilat, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara; air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang cuma disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.
Image result for MUTIARA

MORAL CERITA      Kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa".  Banyak orang yang mundur kerana mereka tidak tahan dengan cubaan yang mereka alami. Ada dua pilihan  yang dapat dipilih: menjadi `kerang biasa' yang disantap orang atau menjadi `kerang yang menghasilkan mutiara'. Sayangnya, lebih banyak orang yang mengambil pilihan pertama, sehingga tidak menghiraukan jumlah orang yang berjaya lebih sedikit dari orang yang `biasa-biasa saja'.

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...