Selasa, 18 November 2014

TULISAN DAN PERSONALITI



Pernahkah kita meneliti tulisan rakan-rakan kita?  Jika kita perhatikan, setiap di antara rakan-rakan kita mempunyai pelbagai bentuk tulisan yang berbeza antara satu sama lain.  Ada yang menulis tegak, condong, bersambung-sambung, bulat-bulat dan sebagainya.  Tulisan setiap orang adalah berbeza-beza meskipun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain.  Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan didapati melalui tulisan  kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Walau bagaimanapun,  tulisan tersebut mestilah ditulis dalam keadaan tenang dan bukan dalam keadaan tergesa-gesa kerana ini tidak membantu kita mengenali individu tersebut. 

Tulisan Berubah-Ubah - Orang mempunyai tulisan berubah-ubah bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personality diri serta bersikap individual.  Lebih mudah berubah fikiran dan keputusan mereka boleh dipengaruhi orang lain.  Bagi orang yang tidak berubah bentuk tulisannya sejak dari dahulu menandakan dia seorang yang sukar berubah, tetap pendirian dan lebih bersikap tegas.
Tulisan Tegak - Individu yang tulisannya tegak sahaja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan.  Orang yang mempunyai tulisan sebegini juga mampu membuat keputusan yang wajar dan tepat.
Tulisan Condong Ke Kanan -  Bersikap terbuka dalam pergaulan, memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukan, kurang keyakinan serta mudah berasa bosan.
Tulisan Condong Ke Kiri - Merupakan seorang yang sensitive, amat berhati-hati dalam setiap perbuatan namun merupakan seorang yang sangat setia dalam perhubungan dan persahabatan.
Tulisan Yang Bersaiz Besar - Menunjukkan sikap kurang matang dan mahu orang mengikut caranya sehingga menimbulkan perselisihan dengan orang sekeliling.  Bangga dan gembira jika ada yang memandang tinggi kepada keupayaan dirinya.
Tulisan Yang Bersaiz Kecil - Menandakan orang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik namun bersikap sensitive dan jiwanya mudah tersentuh.
Tulisan Semakin Lama Semakin Besar  - Menandakan seorang yang berfikiran terbuka tetapi kurang berhati-hati dalam sesuatu tindakan.
Tulisan Yang Semakin Kecil - Merupakan seorang yang cukup berhati-hati dan suka menyimpan rahsia namun ada ketikanya suka berbohong untuk menuutup kesalahan diri.
            Secara kesimpulannya, pendapat ahli-ahli psikologi ini mampu membantu kita mengenali orang-orang yang signifikin dengan kita dalam membina perhubungan yang mesra dan sihat.  Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai pendekatan lain yang membolehkan kita mengenali personaliti  seseorang jika kita mahu berbuat demikian.



HIDUPKAN SEL OTAK KANAN



Hampir semua mata pelajaran di sekolah merangsang penggunaan otak kiri dalam mempelajarinya. Apabila seseorang murid cuba memahami bagaimana sesuatu formula matematik itu digunakan dalam menyelesaikan satu-satu masalah, dia sedang menggunakan seluruh otak kirinya. Begitu juga apabila dia diminta untuk menghafal fakta-fakta sejarah  serta tahun-tahun kejadian, diajar tentang haiwan, tumbuhan dan proses kitaran dalam matapelajaran sains, dia juga menggunakan seluruh potensi otak kirinya.  
Jadi bilakah mereka ini akan menggunakan otak kanan mereka? Jawapannya mungkin tiada atau mungkin 10%, iaitu dalam matapelajaran berteraskan seni, ko-kurikulum dan kemahiran hidup. Peratusan yang amat rendah itu memungkinkan sel-sel neuron otak kanan semakin tertidur ( tidak aktif ) dan akhirnya mati.
Otak Kiri
Penyelidikan saintis mendapati otak kiri bertugas dalam mengingati ilmu, data dan fakta: menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisis, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik.
Otak Kanan
Otak kanan pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.
Sebagaimana tangan harus digunakan kedua-duanya untuk mendapat gerak laku yang terbaik, demikian juga otak. Kita diberikan dua telinga untuk menyeimbangkan pendengaran, diberi dua mata untuk lebih fokus, diberikan dua kaki utnuk lebih pantas, kita juga diberikan dua otak untuk lebih berfungsi sebagai insan yang stabil, pintar dan seimbang.
Penggunaan otak yang tidak seimbang akibat pembelajaran mata pelajran yang tidak seimbang akan mengakibatkan lahirnya manusia yang tempang. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu – individu yang menggunakan otak kanan secara luas dan kerap.
Bagaimana untuk mengaktifkan otak kanan?
Perbanyakkan melakukan aktiviti yang menggabungkan potensi penglihatan, gerakan jari, bahasa tubuh dan juga pendengaran.
1. Bebaskan kejumudan anda dengan mengambil tahu hal-hal semasa dan sekeliling.
2. Memberi saranan kepada diri sendiri ataupun bermonolog.
3. Banyakkan mencuba sesuatu yang berhalangan seperti ekspedisi, mengembara, bermain game computer dan aktiviti-aktiviti lasak.
4. Sertai seminar, forum, pameran, ekspo dan cari peluang agar suara anda didengar.
5. Menatap, merenung dan membaca Al-Quran.
6. Cuba berfikir secara kreatif, analitis ataupun literal.
7. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penghiduan dan merasa secara imaginasi.
8. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
9. Bermain catur atau sesuatu yang mencabar minda.

KEM SUKAN 2013 - ICE BREAKING

Saya kongsikan kepada semua beberapa aktiviti yang saya lakukan kepada murid-murid peserta Kem Sukan sekolah saya pada tahun 2013 yang lalu.  Jiak boleh dimanafaatkan - silakan untuk dikongsi bersama.



Aktiviti 1              :  Salam Bahiyah
Langkah               :
 1.          Semua peserta diminta berdiri di hadapan fasilitator
2.         Peserta diminta melakukan aktiviti / gerakan mengikut arahan
·         Bersalaman dengan rakan di sebelah kiri dan kanan
·         Ucap tahniah terpilih sebagai peserta
·         Membuat tepukan dan gerakan mengikut arahan
-          Tepuk sekali, tepuk dua kali, tepuk tiga kali dll
-          Bergerak mengikut bunyi wisel
-          Bergerak mengikut bilangan nombor yang disebut.
3.         Peserta diminta bergerak membuat bulatan (tinggi sebelah kiri fasi dan rendah sebelah kanan)
4.         Peserta diminta bertukar tempat dengan peserta lain mengikut arahan
·         Bulan kelahiran
·         Pakai jam / cermin mata
·         Anak sulung/ bongsu
·         kegemaran
Rumusan         :

            Kita perlu mengenali orang lain dalam hidup

Falsafah           :
 Hidup tanpa kawan/ sahabat/ orang lain seperti hidup tanpa tujuan / arah


Aktiviti 2              :   Kenali Rakan


Bahan   :  Lampiran 1

Langkah              

  1. 1.       Mengedarkan lampiran 1  dan meminta peserta mencari rakan berdasarkan maklumat yang ada di dalam kotak. 
    2.   Mendapatkan tanda tangan dan nama jika maklumat yang dijawab ‘ya’
    3.       Cari peserta lain jika jawapan yang diberi ‘tidak’


Rumusan              :     Menggunakan kemahiran komunikasi dengan lebih berkesan

Falsafah               :   
·         Komunikasi penting dalam kehidupan
·         Menerima orang lain seadanya.


Aktiviti 3              :  Humming

Bahan                   :  Lampiran 2

Langkah               :

1.       Peserta diberi suatu keratan kertas yang mengandungi tajuk lagu.

2.       Setiap peserta dikehendaki menyimpan keratin kertas setelah melihat apa yang ditulis.

3.       Jangan berkongsi maklumat dengan orang lain.

4.       Dengan kaedah ‘humming’ cari kawan/rakan yang mempunyai keratin kertas yang sama

5.       Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi isyarat atau bersuara.

6.       Sebaik menemui rakan yang sama bergerak sehingga membentuk kumpulan.

7.       Pastikan ahli kumpulan cukup sebelum duduk

8.       Persembahkan semula kepada semua lagu yang menjadikan semua ahli sebagai satu kumpulan.



Rumusan             :   Mengukur focus dan konsentrasi murid



Falsafah               : 



Kerjasama dan pemerhatian perlu untuk mencipta kejayaan



 


DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...