Selasa, 23 April 2013

Usaha Yang Jitu



Orang yang berusaha akan melakukan apa sahaja untuk mencapai apa yang dihajati. Jangan biarkan diri anda dikuasai rasa bosan, malas dan jemu.  Untuk melawan perasaan negatif ini, anda perlu:

1.
Biasakan diri melakukan sesuatu sehingga selesai, sebelum berhenti.
Contohnya, jika anda perlu menyiapkan kerja rumah dengan menjawab 20 soalan matematik, cuba habiskan kesemua soalan itu dalam satu masa dan elakkan membuat latihan tersebut secara berperingkat-peringkat. Ini akan menyebabkan kerja anda tertangguh dan tumpuan juga terjejas. Anda akan dihinggapi penyakit malas.

2.
Hadkan masa yang cukup untuk menyiapkan sesuatu kerja.
Ini bermaksud, anda perlu memberikan ruang masa yang sesuai dan berpadanan dengan bebanan kerja yang dilakukan. Seperti contoh di
atas, jika anda dikehendaki menjawab 20 soalan matematik, cuba tetapkan masa yang bersesuaian dengan usaha yang perlu diberikan bagi menyelesaikan latihan tersebut. Ikutlah arahan soalan dan minta nasihat daripada guru/pensyarah anda.

3. Adakan satu matlamat yang mesti dicapai pada setiap hari.
Anda perlu menetapkan satu matlamat yang jelas untuk dicapai setiap hari. Jika menggunakan contoh tadi, anda boleh tetapkan bahawa untuk hari ini, anda ingin menjawab 20 soalan matematik. Itu matlamat yang anda ingin capai hari ini. Berusahalah dengan mengikuti dua langkah di atas, anda akan berjaya mengatasi masalah

MENANGANI GANGGUAN EMOSI REMAJA



Perubahan fizikal, emosi dan sosial pada zaman remaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental. Golongan ini sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri. Malah, mereka juga sering disalahertikan dan dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan sukar membuat keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh ditangani dengan baik. Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan supaya menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan membina hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mengurangkan masalah dan tekanan mental yang dihadapi mereka.


Berikut merupakan beberapa kaedah atau alternatif terbaik untuk menjalinkan hubungan yang rapat  antara remaja dengan ibu bapa
a. Menghormati dan sedia menerima tunjuk ajar dan teguran mereka.
b. Membincangkan masalah dengan mereka.
c. Meluahkan perasaan dan pendapat secara terus terang.
d. Tunjukkan kasih sayang melalui kata-kata dan perbuatan.
e. Cuba memahami masalah dan beban ibu bapa.
f.   Meraikan hari jadi mereka.

Pada masa yang sama, remaja yang sering mengalami tekanan emosi boleh melakukan beberapa kaedah seperti;
a. Menarik nafas sedalam-dalamnya.
b. Beredar dari suasana tegang (jika perlu).
c. Berfikir sebelum bertindak.

Selain itu para remaja juga boleh bertanya diri sendiri dengan soalan-soalan seperti:
a. Mengapa ia berlaku.
b. Puncanya.
c. Perkara yang telah anda lakukan.

Semoga saranan dan perkongsian idea ini akan mampu membantu ibu bapa dan orang-orang terdekat mengenali remaja secara lebih dekat dan remaja sendiri memuhasabah diri sendiri.  Moga anda berada di puncak kejayaan yang sebenar.

 




Isnin, 22 April 2013

TULISAN DAN PERSONALITI



Pernahkah kita meneliti tulisan rakan-rakan kita?  Jika kita perhatikan, setiap di antara rakan-rakan kita mempunyai pelbagai bentuk tulisan yang berbeza antara satu sama lain.  Ada yang menulis tegak, condong, bersambung-sambung, bulat-bulat dan sebagainya.  Tulisan setiap orang adalah berbeza-beza meskipun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain.  Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan didapati melalui tulisan  kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Walau bagaimanapun,  tulisan tersebut mestilah ditulis dalam keadaan tenang dan bukan dalam keadaan tergesa-gesa kerana ini tidak membantu kita mengenali individu tersebut. 







Tulisan Berubah-Ubah - Orang mempunyai tulisan berubah-ubah bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personality diri serta bersikap individual.  Lebih mudah berubah fikiran dan keputusan mereka boleh dipengaruhi orang lain.  Bagi orang yang tidak berubah bentuk tulisannya sejak dari dahulu menandakan dia seorang yang sukar berubah, tetap pendirian dan lebih bersikap tegas.



Tulisan Tegak - Individu yang tulisannya tegak sahaja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan.  Orang yang mempunyai tulisan sebegini juga mampu membuat keputusan yang wajar dan tepat.



Tulisan Condong Ke Kanan -  Bersikap terbuka dalam pergaulan, memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukan, kurang keyakinan serta mudah berasa bosan.



Tulisan Condong Ke Kiri - Merupakan seorang yang sensitive, amat berhati-hati dalam setiap perbuatan namun merupakan seorang yang sangat setia dalam perhubungan dan persahabatan.



Tulisan Yang Bersaiz Besar - Menunjukkan sikap kurang matang dan mahu orang mengikut caranya sehingga menimbulkan perselisihan dengan orang sekeliling.  Bangga dan gembira jika ada yang memandang tinggi kepada keupayaan dirinya.



Tulisan Yang Bersaiz Kecil - Menandakan orang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik namun bersikap sensitive dan jiwanya mudah tersentuh.



Tulisan Semakin Lama Semakin Besar  - Menandakan seorang yang berfikiran terbuka tetapi kurang berhati-hati dalam sesuatu tindakan.



Tulisan Yang Semakin Kecil - Merupakan seorang yang cukup berhati-hati dan suka menyimpan rahsia namun ada ketikanya suka berbohong untuk menuutup kesalahan diri.



            Secara kesimpulannya, pendapat ahli-ahli psikologi ini mampu membantu kita mengenali orang-orang yang signifikin dengan kita dalam membina perhubungan yang mesra dan sihat.  Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai pendekatan lain yang membolehkan kita mengenali personaliti  seseorang jika kita mahu berbuat demikian.



HIDUPKAN SEL OTAK KANAN



Hampir semua mata pelajaran di sekolah merangsang penggunaan otak kiri dalam mempelajarinya. Apabila seseorang murid cuba memahami bagaimana sesuatu formula matematik itu digunakan dalam menyelesaikan satu-satu masalah, dia sedang menggunakan seluruh otak kirinya. Begitu juga apabila dia diminta untuk menghafal fakta-fakta sejarah  serta tahun-tahun kejadian, diajar tentang haiwan, tumbuhan dan proses kitaran dalam matapelajaran sains, dia juga menggunakan seluruh potensi otak kirinya.  
Jadi bilakah mereka ini akan menggunakan otak kanan mereka? Jawapannya mungkin tiada atau mungkin 10%, iaitu dalam matapelajaran berteraskan seni, ko-kurikulum dan kemahiran hidup. Peratusan yang amat rendah itu memungkinkan sel-sel neuron otak kanan semakin tertidur ( tidak aktif ) dan akhirnya mati.
Otak Kiri
Penyelidikan saintis mendapati otak kiri bertugas dalam mengingati ilmu, data dan fakta: menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisis, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik.
Otak Kanan
Otak kanan pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.
Sebagaimana tangan harus digunakan kedua-duanya untuk mendapat gerak laku yang terbaik, demikian juga otak. Kita diberikan dua telinga untuk menyeimbangkan pendengaran, diberi dua mata untuk lebih fokus, diberikan dua kaki utnuk lebih pantas, kita juga diberikan dua otak untuk lebih berfungsi sebagai insan yang stabil, pintar dan seimbang.
Penggunaan otak yang tidak seimbang akibat pembelajaran mata pelajran yang tidak seimbang akan mengakibatkan lahirnya manusia yang tempang. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu – individu yang menggunakan otak kanan secara luas dan kerap.
Bagaimana untuk mengaktifkan otak kanan?
Perbanyakkan melakukan aktiviti yang menggabungkan potensi penglihatan, gerakan jari, bahasa tubuh dan juga pendengaran.
1. Bebaskan kejumudan anda dengan mengambil tahu hal-hal semasa dan sekeliling.
2. Memberi saranan kepada diri sendiri ataupun bermonolog.
3. Banyakkan mencuba sesuatu yang berhalangan seperti ekspedisi, mengembara, bermain game computer dan aktiviti-aktiviti lasak.
4. Sertai seminar, forum, pameran, ekspo dan cari peluang agar suara anda didengar.
5. Menatap, merenung dan membaca Al-Quran.
6. Cuba berfikir secara kreatif, analitis ataupun literal.
7. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penghiduan dan merasa secara imaginasi.
8. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
9. Bermain catur atau sesuatu yang mencabar minda.

AMALKAN SIKAP YANG BAIK



Sikap yang baik boleh menyumbang kepada kejayaan seseorang individu.  Ini kerana sikap baik sangay penting dalam kehidupan baik kehidupan peribadi mahupun professional seseorang.  Sikap yang baik akan mampu;

· Meningkatkan produktiviti seseorang
· Menggalak kerja berkumpulan
· Menyelesaikan masalah
· Membaiki kualiti
· Menghasilkan suasana menyenangkan
· Melahirkan rasa setia
· Meningkatkan keuntungan
· Menggalakkan hubungan yang lebih baik
· Mengurangkan tekanan
· Membentuk peribadi menyenangkan
· Membantu individu menymbang kepada masyarakat

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...