Khamis, 29 Disember 2011

SEKOLAH PENYAYANG 2

Sekarang ini ketika sekolah sesi 2012 bakal dibuka tidak berapa lama lagi, semua sekolah di Negeri Kedah Darul Aman sedang sibuk memperkatakan tentang Sekolaah Penyayang yaang diumumkan kepada seluruh Pengetuaa dan Guru Besar pada 15 dan 18 Disember dahulu. Program Sekolah Penyayang merupaakan program mega JPN Kedah yang perlu dijalankan di sekolah-sekolah. Secara ringkasnya Pelaksanaan Sekolah Penyayang peringkat negeri Kedah yang akan dimulakan mestilah berteraskan kepada 9P dan 5K sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Pelajaaran Malaysia. Apakah yang dimaksudkaan 9P dan 5K itu?



9P merujuk kepada


a. Penyayang


b. Penerimaan


c. Penghormatan


d. Prihatin


e. Pemaufakatan


f. Perpaduan


g. Persaudaraan


h. Pengiktirafaan


i. Persefahaman


Manakala 5K merujuk kepada


1. Kesepunyaan


2. Kemesraan


3. Kepuasan


4. Keseronokan


5. Kesabaran


Bagi mencapaai matlamat yang ditetapkan Sekolah Penyayang, pihak sekolah boleh menjalankan pelbagai aktiviti menjurus kepada "Guru Sayang Murid" dan "Murid didahulukan, Pencapaian diutamakan" tetapi, tidak boleh lari daripada teras atau dasar yang telah ditetapkan. Para guru harus sedar sehingga ke peringkat akar umbi bahawa pelajar adalah klien yang sentiasa perlu diberi keutamaan. Pihak sekolah diharap mampu melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa akan "berlari ke sekolah, dan hanya berjalan apabila pulang!" Ini kerana tanpa pelajar mana mungkin akan ada seorang guru!!

Rabu, 28 Disember 2011

SEPETANG TIKA MEENZIRAHI SEORANG SAHABAT

Saya bermalas-malas di atas katil sebaik pulang dari sekolah petang tadi. Ambil seminit-dua membelek majalah Al-Islam bulan Disember. Hati tertarik membaca beberapa artikel termasuk pandangan Dr. Azizan Osman dan Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah KUIS, Pn. Sahlawati Abu Bakar berhubung “Istighfar dan Rezeki”. Sedang berenaak-enak anak bongsu saya menghulurkan telefon. “Mak.., ada telefon. Jawab jer..adik daah tekan,” katanya. Terpinga-pingaa sayaa menjawab. Rupa-rupanyaa dari seorang sahabat mengajak saya menziarahi seorang sahaabat yang terlantar sakit – kanser!


Tidak segera menjawab, saya menghubungi suami minta kebenaran sebelum pergi. Sebaik mendapat persetujun, saya segera masuk ke bilik air. Cuci muka serba sedikit dan terus berpakaian. Tepat 4.46 ptg, sahabat saya itu sudah berada di hadapan rumah. Kami bertiga mengambil kesempatan menziarahi teman yang sudah berbulan terlantar kesakitan.


Sedihnya apabila melihat sekujur tubuh yang dulunya ceria. Tiada apaa yang tinggal – rambutnya bagai belajar untuk tumbuh, badannya kurus melidi. Di atas meja ada mangkuk berisi ‘moi’ yang tidak habis di makan. Ada segelas – juga masih berbaki dengan air. Seorang anak perempuan berusia 11 tahun sedang bermain ‘laptop’ sambil menunggu siibu berbaring di katil. Masa mainnya dihabiskan di hadapan si ibu – menunggu dan menunggu, bergilir kadang-kala dengan si adik yang baru 6 tahun usianya.


Sebaik menerima salam kami, sahabat saya yang terlantar itu menggagahkan diri untuk bangun- walaupun ditegah berkali-kalinya. Barangkali seronok dengan kehadiran kami yang tentunya tidak terduga. Melihat wajahnya hati rasa begitu sedih. Yalah, biasanya dia akan bergelak ketawa,bercerita dengan gayanya. Tapi hari ini di hadapan kami orangnya begitu berbeza- hanya sesekali mencelah dan menjawab jika ditanya. Seri pada wajah itu sudah hilang, malah kekuatannya juga makin terpadam.


Saya tidak tahu bagaimana untuk ‘mendetailkan’ keadaannya di sini. Cuma naluri seorang sahabat bagai dapay merasakan kesakitan yang ditanggungnya sepanjang tempoh itu. Moga Allah SWT akan terus menganugerahkannya kekuatan – untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang dan kita tidak pasti bagaimana pula akan ‘diuji’Nya suatu ketika nanti. Moga sahabat saya akan cepat sembuh dan kembali seperti asalnya!!!

SEKOLAH PENYAYANG

Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.
Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku
.

Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu;
i. Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.
ii. Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi.

iii Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang ‘caring’ terhadap anak didik di sekolah dalam segala aspek.
iv Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah.
v Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka.
vi Mampu melahirkan guru-guru yang “first in, last out” di sekolah-sekolah.

Sabtu, 24 Disember 2011

FATIN NAIMAH DAN PMR 2011

TAHNIAH ANAKKU FATIN DAN SELURUH WARGA SMKSDO SERTA SMKSB


Debaran makin terasa. Bukan setakat Fatin Naimah yang bakal mengambil resultnya malahan juga adiknya Farah Izzati turut merasakan debaran tersebut. Kakaknya Farhana yang berada di MMU Cyberjaya turut menambah keresahan dalam jiwa. Begitu juga dengan puteri Saleha yang berada di UiTM Seri Iskandar. Masing-masing meluahkan rasa debar yang makin meningkat sedangkan jam terus bergerak melepasi angka sepuluh. Suamiku pula masih kalut di pejabat – banyak yang perlu dilunasi setelah lebih seminggu berkursus dan bercuti.


Talian SMS 15888 kebetulan tidak membantu apa-apa. Tiga kali percubaan masih tidak berjawab. Entah di mana pula silapnya. Barangkali begitu ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut sehingga tidak berupaya melayani semua permintaan.


“Marzida 8A. Shida dengan Hanna 6A”… Fatin memberitahuku keputusan kawan-kawan baiknya yang sudah mendapatkan result mereka di sekolah. Suamiku balik dan kami tidak tahu bila sudah berada di perut kereta. Perjalanan ke SMKSDO terasa begitu lambat walaupun jaraknya 5km cuma. Suasana di SMKSDO tenang – tidak semeriah sekolahku SMKSB. Yalah, kata orang lain padang lain belalang! “Biarlah Lang seorang yang ambik. Mak tunggu dalam kereta jer lah…” Namun anakku Farah tidak mengendahkan larangan kakaknya. Dia yang terlebih excited. Berjalan sama laju dengan kakaknya ke dewan SMKSDO.


Aku mengekori perlahan dari belakang. Mengikut langkah kedua-dua anakku yang semakin cepat di hadapan. Fatin segera ke meja guru tingkatannya. Slip keputusan dipegang dan aku yang berada di sebelahnya segera memeluk dan mencium puteriku itu. “Alhamdulillah!” hanya itu yang mampu aku lafazkan. Segera tangan mendail telefon suami yang masih di kereta. “Bang, 9A bang, Fatin dapat 9A”. “Alhamdulillah. Alhamdulillah.” Berkali-kali suamiku melafazkan rasa syukur dan aku merasakan ada getaran sebak di hujung talian.


Sebenarnya aku ingin berkongsi kegembiraan ini dengan semua teman-rakan juga guru-guru yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan puteriku Fatin Naimah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua dan Guru-guru Tingkatan 3 SMKSDO. Juga terima kasih kepada Pengetua dan teman-teman guru di SMKSB kerana member kebenaran unutk anakku menyertai kelas tambahan setiap kali cuti. Aku tidak dapat menggambarkan bagaimana jika kesemua guru dari keddua-dua sekolah ini tidak turut serta membantu aku yang cukup dhaif. Terima kasih, hanya allah SWT sahaja yang dapat membalas setiap budi baik teman-rakan. Dan yang sepatutnya menerima ucapan tahniah adalah kalian!! Tahniah! Tahniah! Jasamu pasti dikenang selagi hayat dikandung badan.

Jumaat, 23 Disember 2011

PMR, WARIS DAN SMKSB

Seronok sebenarnya melihat gelagat ibu bapa dan pelajar yang berpusu-pusu datang ke sekolah. Kenderaan para waris berderet sepanjang jalan dari luar pagar sehingga ke dewan besar sekolah. Ramainya waris macam SMKSB sedang mengadakan kenduri besar menyambut menantu pula. Di bawah Anjung Petah Bicara pula berbeza keadaannya. Semua orang bagai tidak sabar menanti nama demi nama pelajar yang mendapat straight A’s dipanggil pengacara – Pn. Wan Farahuna.


Pelbagai gelagat pelajar dapat disaksikan. Bukan sahaja pelajar malahan ibu bapa dan waris yang sejak tadi sabar menunggu 91 nama pelajar dipanggil satu-satu. Peneraju utama sekolah Pn. Hjh. Rahinun Mohd. Noor jika boleh ‘dibeli’ senyumannya hari ini – harganya tentulah yang paling mahal. Manakan tidak; itulah senyuman penuh kepuasan dari segala titik peluh seluruh warga sekolah sepanjang tahun 2011!


Jikalah saya berkesempatan menerokai hati para guru SMKSB saat ini – pasti hati-hati itu sedang berlagu riang. Menyanyikan gurindam penuh kesyukuran. Seronoknya melihat wajah-wajah setiap yang ada di bawah Anjung Petah Bicara – ada yang tersenyum, mulut becok bercakap-cakap, berpelukan malahan terlihat juga mata-mata yang berkaca. Dari celah-celah kesibukan itu saya bagai dapat merasakan tidak ada wajah yang tidak diundang kegembiraan; tiada. Yang ada cuma kegembiraan.


Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh guru dan pelajar Tingkatan Tiga 2011 kerana usaha mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Terutama guru yang kadang-kala memberikan komitmen cukup besar kepada anak didik mereka melebihi anak-anak sendiri. Cukup besar pengorbanan mereka itu yang jika diukur tidak ada tahap nilainya. Bangga saya menjadi warga SMKSB. Tahniah guru-guru dan pelajar-pelajar. Tahniah Puan Pengetua. Dan rasanya tahun hadapan SMKSB akan terus ‘diintai’ waris-waris untuk anak mereka!! Tahniah.

Jumaat, 9 Disember 2011

KENALI GENERASI Y

Kebelakangan ini kerapkali saya ditanya berkaitan Generasi Y. Ada yang ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan generasi Y walaupun isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Secara mudah saya beranggapan masih ramai yang tidak mempunyai pengetahuan asas berkaitan generasi y meskipun saban hari berhubung secara langsung dengan kelompok ini.

Berbicara tentang generasi Y ramai yang bertanya siapa mereka, bagaimana ciri-ciri mereka dan adakah generasi ini lebih baik daripada yang ada. Sebenarnya generasi apa pun hanyalah nama yang bertujuan membezakan beberapa kelompok manusia yang dilahirkan dalam lingkungan tahun tertentu. Saya sukaa merumuskan kelompok ini kepada 4 golongan berdasarkaan pemahaman saya dari bahan-bahan baacaan.

1. Generasi Baby Bloom - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1946 - 1964
2. Generasi X - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1965 - 1980
3. Generasi Y - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1980 - 2000
4. Generasi Platinum - kelompok insan yang lahir dari tahun 2000 dan ke atas

Secara tidak langsung saya melihat generasi Y adalah generasi remaja masa kini yang lahir ketika dunia kaya dengan ledakan maklumat, komputer malahan serba canggih dan serba cepat. Geenerasi ini membesar dan dibesarkan dalam suasana yaang pastinya amat berbezaa dengan generasi Baby Bloom dan juga generasi X. Apa yang pasti perbezaan ini juga menyebabkaan kita perlu mendekati golongan ini dengan saatu pendekataan yang jauh berbeza.

Terdapat beberapa ciri generasi Y yang boleh dikenalpasti. Antara lain generasi ini mempunyai keinginan untuk bersuara secara bebas termasuk ketika membuat pilihan, mereka juga lebih senang kepada keterbukaan, lebih cenderung kepada membina hubungan di antara satu sama lain dan mudah membina hubungan walau pun dengan orang yang baru dikenali, interaktif serta inginkan sesuatu secara pantas. Mereka juga tidak suka dikongkong dan suka membuat sesuatu untuk mendapatkan keputusan (lebih senang kepada inkuari penemuan).

Generasi Y sentiasa menjadikan gadjet-gedjet iaitu komputer dan handphone sebagai suatu keperluan dan amat penting yang sebelum ini tidak pernah terfikir oleh generasi X dan baby bloom. Ini kerana mereka adalah generasi yang melakukan perubahan melalui kehidupan dalam dunia tanpa sempadan termasuk persekitrannya.


Cuma apa yang dibimbangi sekiranya generasi Y ini akan terus tenggelam kerana leka hiburan, kerana mereka terlalu baanyak disogokkan dengan hiburan seperti mana yang diinginkan oleh golongan kapitalis.




Khamis, 8 Disember 2011

Menu dan Petua Untuk Pesakit Darah Tinggi

Hidangan Dielakkan
1. Nasi Beriani / Nasi Lemak / Nasi Goreng / Nasi Ayam
2. Mee Kari Mee/Meehon/ Kuey Teow Goreng
3. Roti canai/ telur/ Murtabak
4. Masak Rendang / Masak Goreng2 / Masak Lemak / Kari Bersantan / Ikan Masin
5. Kuih Bergoreng / Kuih Bersantan

Digalakkan
1. Nasi Putih / Kanji
2. Asam Laksa Mee / Meehoon @ KueyTeow Sup / Mee Rebus@Tomyam
3. Capati tanpa ghee / Tosai
4. Masak Tomyam / Ikan @ Ayam Bakar / Ikan Kukus / Masak Asam Pedas / Masak Tomato
5. Sandwich / Apam Tanpa Kelapa / Popiah Basah (tanpa udang / telur) / Kuih Kukus tanpa santan / Buah-buahan Segar

Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau

Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau

Makanlah biji buah Peria atau

Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau

Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau

Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau

Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau

Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau

Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Ada beberapa cara tradisional untuk merawat penyakit Darah Tinggi (high blood ).

1-Rebus sedikit daun belimbing besi dgn 3 gelas air. biarkan air rebusan berubah menjadi kuning. Minum sebanyak 3 kali sehari.
2-Dapatkan akar pokok bakawali sepanjang lilitan perut anda. Kemudian kerat kecil2 dan keringkan. Makan selepas sarapan pagi. Selain itu, air rebusan juga boleh diminum. Amalkan setiap pagi.
3-Rebus pucuk betik sehingga mendidih.Kemudian minum air rebusan tersebut dan amalkan setiap hari. Inysa Allah , anda dapat melihat kesan dalam masa kurang sebulan.

Jumaat, 2 Disember 2011

Cikgu Halijah Mahmud: 14 & 15 NOV. 2011 : LAWATAN PERDANA PROGRAM SELEPA...

Cikgu Halijah Mahmud: 14 & 15 NOV. 2011 : LAWATAN PERDANA PROGRAM SELEPA...: Pelbagai pengisian diadakan untuk menarik minat pelajar datang ke sekolah sebaik habis sahaja Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah...

SEPANJANG JALAN KENANGAN : PROGRAM SELEPAS PMR 2011









Jualan Mega Tingkatan 3 - Meriah dan Mewah!












Bersama Dr. Shahnun Pejabat
Kesihatan Daerah










Talimat SBP

















14 & 15 NOV. 2011 : LAWATAN PERDANA PROGRAM SELEPAS PMR








Pelbagai pengisian diadakan untuk menarik minat pelajar datang ke sekolah sebaik habis sahaja Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Sebaagai sebuah institusi pendidikan yang mementingkan kemenjadian pelajar, SMKSB turut menyusun dan mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk pelajar-pelajarnya. Lawatan Perdana ke Shah Alam dan Kuala Lumpur menjadi antara aktiviti yang mungkin tidak mampu dilupakan. Banyak memori terindah sepanjang lawatan 2 hari 1 malam itu. Moga aktiviti sebegini akan terus memberi impak kepada para pelajar pada masa-masa akan datang.

Khamis, 1 Disember 2011

RABIATUL ADAWIYAH : PERINDU CINTA ABADI




Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi karya Zahiruddin Zabidi - saya mengambil masa selama 3 hari (28 Nov. - 30 Nov. 2011) untuk menghayati dan menekuninya. Tahniah kepada Zahiruddin atas sumbangannya dalam Novel Islamik yang pada saya cukup terkesan di hati. Menghayati dan membaca karya ini dengan bahasa santai dan mudah menyebabkan saya sukar untuk meninggalkannya. Terasa mahu menghabiskan karya 268 mukasurat ini cukup kuat. Namun, keterbatasan masa dengan komitmed yang lain menjadikan saya hanya berkesempatan membaca pada waktu petang dan malam. Namun alhamdulillah, akhirnya ternoknah juga sehingga ke mukasurat penamat.


Secara peribadi saya merasakan karya ini sesuai dibaca remaja sekarang. Sekurang-kurangnya sebagai panduan dalam melayari kehidupan. Mengenali seorang wanita wali Allah yang solehah dan zuhud; meninggakan segala bentuk kesenangan meskipun beliau berkemampuan untuk mendapat kemewahan tersebut.


Rabiah (keempat) dilahirkan dalam sebuah keluarga serba daif. Kemiskinan tidak pernah melunturkan semangat dan kecintaannya kepada Pencipta malah menguatkan lagi rasa cintanya. Menempuh pelbagai rintangan dan ranjau; halangan dan kesukaran - diculik, dijual, menjadi hamba, hampir diperkosa; kehilangan ibu-bapa malahan terpisah dari ketiga-tiga saudara perempuannya - menjadi anak yatim piatu tanpa saudara - tidak pernah melunturkan rasa kasihnya kepada Allah SWT. Malahan semakin menghampirkan dirinya kepada Allah. Demikian Rabiah - seorang wanita yang cukup agung dan kuat jati dirinya untuk diteladani dan dijadikan model kita.


Moga novel ini akan menjadi sebahagian bacaan untuk mendewasakan kita..

Dan Disember Pun Datang

Sedar atau pun tidak, hari ini adalah 1 Disember 2011. Bererti sudah 11 bulan kita meninggalkan tahun 2011. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Cuma tinggal kurang lebih 30 hari sebelum kita melangkah ke tahun 2012. Sedangkan Muharam sudah kita sambut hampir seminggu lalu. Demikian masa, cukup cepat meninggalkan kita tanpa mahu berhenti walau sejenak.

Jika dihitung-hitung, rasanya banyak lagi lompang-lompang kehidupan yang belum terisi. Sungguh banyak. Hinggakan kekadang, perhitungan kita tidak pula menemui noktah. Sedangkan kekosongan hati, kekosongan jiwa masih terasa di mata-mana. Malahan kadang-kala kepuasan untuk mendapatkan sesuatu tidak juga kita capai. Barangkali keluhan saya juga seperti keluhan orang-orang lain. Kita hanya sebahagian dari warna-warna kehidupan dan tugas kita adalah untuk memenuhi setiap ruang kehidupan itu dengan nafas yang berharga. Tentunya yang berharga untuk diri, agama, bangsa dan juga negara.

Namun sesekali apabila menconggak-conggak, rasanya kita kerapkali pula leka mengejar kemanisan duniawi. Lalu melupakan pula yang hakiki. Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa menjaga - mulut dan perkataan, tingkah laku dan perbuatan. Tertanya dalam diri - sejauh mana sepanjang sebelas bulan ini, saya telah menjaga pancaindera dari mengguris perasaan orang keliling, teman-rakan dan sahabat handai. Apakah akan ada ruang untuk saya menjaga dan memelihara semuanya tanpa ada hati-hati lain yang terasa.

Dan rasanya, kehadiran Disember ini mengungkap seribu peringatan - bahawa usia akan terus menginjak dan sejauh mana pula saya bersedia untuk terus melakukan perubahan. Pastinya yang positif untuk mengangkat martabat diri - di mata semua. Bukan untuk dihormati atau disanjungi tetapi lebih kepada mengenal diri!!

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...