Selasa, 27 September 2011

KASIH SAYANG

Sebenarnya saya cukup terkedu. Terkedu apabila ditanya begitu. Tambahan oleh seorang peserta bukan Melayu.

“Cikgu , bekas pengetua kami dah mati?” katanya dalam loghat Cina yang pekat. Ketika itu saya sedang mengendalikan sesi kelompok pertama dengan group itu. “Sapa?” Tanya saya mintak kepastian walau pun saya boleh mengagak siapa berdasarkan ‘nametag’ yang dipakai. “Cikgu Zul…” jawapnya perlahan. Dan aku lihat riak mukaya sedikit berubah.

“Ooo…, bila?” saya pura-pura tidak tahu walaupun cerita kematian cikgu Zul telah diberitahu oleh sahabat saya pada hari yang sama. “Minggu lepas…Siapa nak jaga bunga matahari lepas ni?” jawap dan tanyanya kembali. Dan saya tidak tahu kenapa pelajar cina itu tiba-tiba mengesat matanya. Kesedihan jelas terbayang di wajah pelajar itu.

Sebenarnya saya kurang mengenali arwah Cikgu Zul. Cuma sesekali apabila ada program di sekolahnya, saya akan bertemu muka dengan beliau. Orangnya peramah, mudah mesra. Dan terasa begitu dekat walaupun Cuma sekali berjumpa. Memang ada banyak pokok matahari yang ditanam di hadapan pejabatnya. Cantik! Segar! Itulah yang istimewa.

Cerita Cikgu Zul, rupanya tidak ternoktah di situ. Sebaik di meja makan, ada teman yang membawa cerita juga tentang arwah. Bagaimana seluruh warga sekolah menangisi kepergiaan beliau. Malah warga sekolah lain (di mana beliau pernah berkhidmat) turut merasai kehilangannya. Saya cukup tertarik untukmengetahui cerita beliau. Siapa Cikgu Zul di mata para pelajar malahan staf-staf di bawah pimpinannya. Mengapa Cikgu Zul begitu disenangi termasuk pelajar dan staf bukan melayu. Bagaimana pendekatan beliau sehingga ada pelajar dan staf yang masih sebak meskipun sudah lebih seminggu beliau meninggalkan alam fana ini.

Berbual dan bersembang dengan orang-orang yang sinonim dengan arwah – saya sedar bahawa dalam diri arwah penuh dengan pendekatan kasih sayang. Barangkali melimpah ruah. Berbincang dan bermuzakarah. Laksana sebuah rumah. Sehingga kesemua pokok kasih sayang yang ditanamnya tumbuh begitu subur. Dan kerana itulah, kehilangannya begitu besar ertinya bagi setiap orang yang mengenalinya. Lalu terfikir dibenak saya – akan lahirkah lagi Cikgu Zul yang kedua? Atau mungkinkah ada sedikit semangat Cikgu Zul akan mengalir dalam diri cikgu-cikgu yang lain nanti???

Selasa, 20 September 2011

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi

BUAT SEMUA PELAJAR DAN ANAK-ANAK YANG BERGELAR PELAJAR.

FAHAMI DENGAN BETUL, AGAR ANDA MENDAPAT MANAFAAT.

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat..

Isnin, 19 September 2011

SIAPA GURU


SIAPA GURU ? Guru? “ Jadi guru? Taknak lah. Baik saya jadi Doktor, peguam , jurutera atau bisnesman. Kerja-kerja itu lagi untung. Duit pun banyak. Jadi guru susah nak kaya tapi boleh hidup sederhana saja ”. Mungkin itulah kata-kata atau seumpamanya yang pernah kita dengar . Guru memang tidak kaya dengan harta tapi mereka kaya dengan pelajar. Kaya dengan ganjaran pahala. Kaya dengan nasihat. Kaya dengan kasih sayang. Kaya dengan pengorbanan. Kaya dengan jasa. Kaya dengan usaha. Kaya dengan duka dan lara. Kaya dengan pelajar yang kaya. Apa yang guru mahu? Apa saja dilakukannya asalkan pelajarnya menjadi seorang insan. Insan yang dimaksudkan di sini adalah insan yang kamil atau sempurna dari segala aspek.

Rasul adalah Guru “ Tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad kecuali engkau menjadi rahmat sekalian alam “. Rahmat bermaksud kasih sayang . Seandainya sifat ini ada di dalam hati para guru, pastinya mereka sanggup melakukan apa saja demi mendidik anak didiknya. Bagaimana perasan ini perlu dipupuk? Tiada lagi cara lain kecuali dengan meniru akhlak dan peribadi Nabi Muhammad SAW dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara.

Langkah yang pertama untuk meniru Baginda SAW ialah mengenali apa saja tentang diri Baginda samada belajar, mendengar, membaca dan apa saja cara bagi mengenali identiti dan sahsiah Baginda kerana Baginda adalah guru yang paling cemerlang. Baginda SAW tidak pernah membenci pelajarnya, memukulnya dan mengejinya. Tidak pernah bertanya kepada pelajarnya mengapa engkau buat begini? Mengapa engkau tinggalkan begini? Selain itu, Baginda SAW mendidik sahabatnya dengan lirikan mata. Sebagai seorang guru, mata sangat memainkan peranan besar bagi mendidik pelajar.

Selain itu, gerak geri seorang guru menjadi teladan dan bimbingan kepada pelajar kerana pelajar yang mencintai gurunya akan melihat setiap pergerakkan gurunya. Guru menjadi idola pelajar. Keikhlasan Keikhlasan seorang guru di dalam mendidik sangat penting kerana keikhlasan datangnya dari hati dan menyebabkan didikan itu juga mudah diserap ke dalam hati pelajar. Inilah dinamakan dari hati ke hati. Seandainya nasihat seorang dari tekaknya saja, maka nasihat itu tidak mampu menembusi hati pelajar. Perkara ini akan terhasil apabila seorang guru itu mempunyai kebersihan dan kesihatan hati yang baik. Bagi seorang guru, pembersihan hati adalah perkara wajib agar tidak melarat kepada pembentukan sikapnya yang negatif. Kesanggupan mereka menanggung kesusahan dan kesukaran mendidik pelajar akan dijanjikan pahala daripada Allah.

Jumaat, 16 September 2011

PETUA DIHORMATI DI TEMPAT KERJA

1. Jika anda seorang ketua, cuba berbaik dengan semua pekerja termasuk golongan bawahan. Mereka boleh menjadi sahabat dan sekali gus penyokong yang boleh meningkatkan karier anda.

2. Setia kepada ketua dan sentiasa mmpertahankannya tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar pejabat.

3. Elakkan mengata seseorang melainkan dia telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, jenayah, mencuri dan sebagainya.

4. Jangan mengkritik seseorang di depan atau di belakangnya melainkan jika anda diarahkan menjadi penyelianya. Siapa tahu dia mungkin jadi ketua anda suatu hari nanti.

5. Menerima kedatangan pekerja baru dengan baik. Tunjukkan keadaan pejabat dan jadikan dia sebahagian daripada kumpulan anda.

6. Selalu menepati janji. Kekalkan reputasi ini kerana anda boleh menjadi orang yang dipercayai.

7. Pastikan anda membelanja rakan yang pernah belanja untuk makan bersama. Elakkan daripada dikenali sebagai orang yang tidak tahu membalas budi.

8. Elakkan daripada menentang orang yang tidak anda sukai secara terbuka ketika dia sedang mengemukakan pendapatnya di pejabat. Cara demikian tidak akan membantu meningkatkan karier anda. Suarakan rasa tidak puas hati itu secara individu dengannya.


DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...