Rabu, 24 Ogos 2011

CERITA RAMADAN 5 : RAYA DAN EXAM PMR



Saya tahu semua pelajar malahan guru-guru sendiri berada dalam mood raya. Ada yang merancang untuk balik kampung. Ada pulak yang ingin memenuhi tuntutan shopping. Semuanya masih ternoktah lantaran aktiviti sekolah masih berbaki. Sebaik saya memasuki kelas tingkatan 3 hari ini (Relief kelas), beberapa orang pelajar galak bertanya; "Cikgu, esok balik awal dak? Emak nak ambik adik." "Emak nak balik kampung." "Ayah kata esok gi shopping then terus bertolak balik." Macam-macam suara kedengaran. Masing-masing ghairah dengan cerita raya.

Ketika mengumumkan ada pertemuan dengan Penolong Kanan di Bawah Anjung, beberapa pelajar lain bagaikan kaget. "Ada kelas tambahan ke cuti ni cikgu?" Dan saya bagai dapat membaca keresahan dalam wajah-wajah mereka. Demikian pelajar. Namun guru-guru juga ada tanggungjawab yang perlu digalas. Semua orang ingin berhari raya. Semestinya guru-guru juga. Apa pun yang pasti, tindakan perlu dilaksanakan untuk memastikan exam PMR dan resultnya akan membuahkan hasil kepada semua pihak. Raya dan result exam - membuat semua orang berfikir dan terus berfikir.

Ahad, 21 Ogos 2011

CERITA RAMADAN 5 : PUASA DAN KESAKITAN


Semua orang ingin akan sihat. Lebih-lebih lagi sihat di bulan Ramadan. Banyak sungguh yang ingin kita lakukan sepanjang bulan ini. Membaca Al-Quran, berjemaah Tarawih, bersedekah, berselawat dan macam-macam 'ber' lagi. Sebab itulah ramai orang mengimpikan kesihatan yang baik dalam bulan ini. Kalau boleh ingin mengerjakan ibadah puasa sepanjang bulan tanpa henti. Demikian besarnya hikmah Ramadan sehingga sakit yang sikit-sikit pun tidak terasa.

Namun..., kita tidak boleh melawan takdir Allah SWT. Dua hari ini, saya terpaksa berulang-alik ke hospital. Walau pn bukan saya yang sakit tetapi, saya perlu berada di KMC - menziarah, melihat dan menjaga ibu saya. Apabila diserang sakit, ibu saya bersungut berkali-kali ,"Tinggal juga puasa mak kali ini, tak pernah jadi macam ini'.

Saya tahu ibu saya (ibu mertua saya sebenarnya) seperti juga saya dan orang lain - ingin sihat sepanjang Ramadan. Namun, kita cuma merancang yang menentukan adalah Tuhan...

CERITA RAMADAN 4 : PELANCARAN BULAN MERDEKA






Ramadan bukanlah penghalang. Malah Ramadan salah satu cara memerdekakan diri dari segala belenggu ketidaklaratan dan kemalasan. Ramadan bukan masa berpeluk tubuh untuk tidak berbuat apa-apa. Tapi,, Ramadan menjadi pemangkin seluruh warga SMKSB untuk menterjemahkan rasa keMalaysiaan dengan satu semangat jitu - 1 Malaysia. Hari ini secara rasminya SMKSB telah melancarkan sambutan kemerdekaan ke 54 dengan disaksikan para pelajar. Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Puan Hashimah Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran. Terus semarakkan kecintaan kepada negara bersama semaraknya kerinduan pada kehadiran Ramadan.

Rabu, 17 Ogos 2011

CERITA RAMADAN 3 : ALAHAI NASIB

Petang tadi seawal 6.30 saya sudah bersiap-siap dengan jubah hitam yg baru siap dijahit. Kononnya ingin bersama-sama student asrama SMKSB berbuka puasa. Namun takdir Allah SWT menentukan yang saya tidak mempunyai rezeki di situ. Orang yang bawa saya tidak dapat menghadirkan diri. Maka berbuka di rumahlah saya...


CERITA RAMADAN 2 :PEPERIKSAAN PERCUBAAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Barangkali belum terlambat untuk cikgu mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan percubaan SPM 2011 kepada anak-anak murid cikgu. Ada lagi 6 hari termasuk esok dan 5 hari sebelum berhari raya.

Bagi cikgu menghadapi peperiksaan dalam bulan puasa merupakan suatu bonus. Selain dapat bangun pagi tanpa masalah, waktu rehat juga boleh digunakan untuk study sepenuhnya. Buatlah sehabis baik untuk membolehkan semua anak cikgu mendapat keputusan yang baik. Percubaan ini menjadi kayu pengukur untuk melihat sejauh mana anak-anak telah membuat persediaan. Jika keputusan bagus, maka kekalkan momentum yang telah ada. Jika sebaliknya, bererti anak-anak ada masa lebih kurang 3 bulan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar untuk SPM dan sebulan lebih untuk PMR.

Lakukan sesuatu bagi mencipta sejarah sendiri. Hanya kita yang berupaya mengubah nasib kita bukan orang lain. Guru-guru dan ibu bapa hanya menjalankan satu amanah yang telah diberi. Anak-anaklah yang akan mencorak nya. Maka, jangan berlengah lagi. Ayuh kita mulakan dengan semangat ramadan ini.

CERITA RAMADAN

Lama sungguh cikgu tidak menulis di blog. Hampir 17 hari, sama jumlahnya dengan bilangan kita mengerjakan ibadah puasa. Entahlah, sepanjang puasa ini cikgu sendiri tidak tahu kenapa mata, telinga, tangan malah yang penting pemikiran dan idea cikgu tidak terarah kepada usaha untuk menulis di blog. Setiap kali balik sekolah sekitar 3.00 atau 3.30 ptg (walau pun tidak banyak aktiviti sebenarnya di sekolah), cikgu lebih suka membaca. Kadang-kadang mencuba resepi yang sudah lama tidak dicuba.

Rupa-rupanya puasa ini menjadi bulan dan hari cikgu memahirkan semula aktiviti memasak. Dan kerana usaha itulah juga cikgu tidak terebut-rebut ke bazar Ramadan. Jika dihitung-hitung memasak lebih menjimatkan. Sesekali suami cikgu turut menegur kerana kasihan akan cikgu yang ‘keletihan’ memasak setiap kali balik sekolah. “Bukan ada orang nak makan,” katanya. “Kita 2 orang jer.., baik beli kuih satu dua,” tambah suami cikgu lagi. Namun, pada cikgu memasak suatu kepuasan. Dengan 2 cawan tepung gandum cikgu boleh dapat kuih ketayap 15 biji, kuih cara 35 biji, malah bingka 1 pelengat 8in x 8 in! Mewah sungguh bukan?? Kalau cikgu beli tentu sahaja hampir RM5.00 dengan harga 30 sen sebiji!!

Kadang-kadang terfikir mengapa orang berebut-rebut ke bazar Ramadan. Dengan harga barang yang semakin mahal, kualiti makanan pun belum tentu benar-benar terjamin. Entah.., ini cuma pandangan cikgu sahaja. Sepanjang Ramadan ini rasanya cikgu benar-benar ‘keseorangan’. Anak-anak semuanya di asrama; apabila balik ke rumah hanya dinding dan kamar menjadi teman. Suami cikgu bekerja sampai petang. Jadi malamnya aktiviti cikgu lebih kepada memuhasabah diri – tarawih, mengaji dan juga membaca. Sesekali buat ‘kajian’, belek apa-apa patut. Pagi seawal 4.15 pagi, cikgu sudah bangun untuk menyediakan juadah bersahur (sebenarnya bukan memasak tetapi lebih kepada persiapan untuk bekerja).

Demikian, rutin cikgu sepanjang 17 hari Ramadan ini sehingga cikgu tidak berkesempatan menulis di blog. Terfikir juga, sibuk sangatkah cikgu ini? Atau saja-saja menyibukkan diri….

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...