Selasa, 17 Mei 2011

MENSYUKURI NIKMAT ALLAH






Semua orang barang kali seperti saya. Pernah mengalami detik dan saat jatuh dan bangun. Dan setiap kali itu kita sebenarnya perlu belajar mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan. Nikmat seronok; malah nikmat sakit. Itulah kehidupan sebenarnya. Jika dalam sukar pun kita belajar bersyukur atas segala kurniaan Allah, maka tidak hairanlah jika dalam keadaan senang kita tidak lupa mensyukuri nikmat yang ditaburNya untuk kita. Belajarlah mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan untuk kita walaupun pada kita sedikit cuma. Sebenarnya yang sedikit itulah yang bakal menjadi 'roh'kepada pembangunan diri dan seterusnya memotivasikan untuk membolehkan kita terus mengorak langkah lagi dan lagi.

Isnin, 16 Mei 2011

HARI GURU 16 MEI 2011


Hari Guru 2011 - Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara tapi saya lebih suka kepada Guru Pemangkin Transformasi Pendidikan Negara. Entah kenapa? Mungkin maksud penjana dan pemangkin itu sendiri yang membawa makna cukup berbeza tapi besar ertinya. Namun, bagi saya guru adalah segala-galanya. Dulu arwah ibu saya selalu berkata, "Cakap guru, cakap syurga. Mendengar kata guru bererti satu langkah ke syurga.' Saya tidak pasti benar atau tidak, namun saya tahu mereka (terutama almarhumah ibu dan almarhum ayah saya begitu menghormati guru). Maka setiap kali saya bercerita tentang guru (yang memukul jari saya - Cikgu Matematik, yang memulas telinga saya - cikgu Bahasa Inggeris), kesannya kembali kepada saya. Pernah buku saya di baling keluar rumah kerana malasnya saya nak menyiapkan kerja rumah. Daripada 2 kali kena, lebih baik saya buat kerja dan esoknya dapat pujian daripada guru!! Itulah saya.

Itu sebahagian nostalgia lama. Kini saya berbangga menjadi seorang guru. Di kelilingi pelajar dan rakan-rakan guru yang pastinya hebatd an bertanggung jawab. Meskipun, kadangkala saya mengimpikan satu sambutan hari guru yang 'hebat' seperti mana impian dalam mimpi-mimpi indah saya sehari sebelum 16 Mei namun.., inilah hari yang paling bermakna buat diri saya. Walaupun tanpa hadiah besar dan banyak seperti beberapa tahun yang lalu namun, saya masih berbangga kerana menjadi insan terpilih menyebarkan ilmu untuk mendidik anak bangsa saya. Terima kasih semua. Terima kasih SMK Sultanah Bahiyah. Terima kasih atas segala-galanya.. Juga terima kasih buat guru-guru saya - Cikgu Hajar, Cikgu Raja, Cikgu Yusof, Cikgu Mariam, Cikgu Jalil, Cikgu Osman Karim, Cikgu Hidzir, Cikgu... dan semuanya - saya masih menyayangi semua guru saya - Selamat Hari Guru

Majlis Persaraan Kak Zah

Khamis, 12 Mei 2011

PENGUCAPAN AWAM

Berdepan dengan pelajar elit seperti di SMKSB tentunya tidak ada masalah. Itu tanggapan umum setiap orang. Pelajar aktif, rajin dan tentunya berkebolehan. Betulkah seperti itu? Persoalannya berapa ramai pelajar SMKB yang bebar-benar boleh berinterksi secara sihat di pentas? Berkomunikasi dengan fasih tanpa tergagap-gagap, tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika berucap? Adakah ramai pelajar yang boleh diiktiraf sebagai pemimpin berketrampilan dan bergaya di depan audien?

Tentunya kita pernah tertarik melihat seorang penjual ubat di kaki-kaki lima begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan bahasa boleh menarik perhatian kita. Kemahiran berucap atau kefasihan bercakap kebanyakkannya bersifat semula jadi. Justeru, di SMKSB kefasihan atau kecekapan bercakap boleh diperoleh dengan cara sentiasa berlatih. Pelajar-pelajar boleh mengikuti pelbagai latihan pengucapan awam di sekolah seperti pidato, bersyarah, berbahas dan lain-lain. Sekiranya kurang latihan, takut, tiada keyakinan diri meskipun berilmu pengetahuan anda tidak boleh bercakap dengan fasih.

Sebagai sebuah sekolah elit, alangkah baiknya kalau keadaan ini dapat dikombinasikan dengan baik untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mampu berucap dengan cemerlang. Sesungguhnya kemahiran berucap merupakan satu seni yang memerlukan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk melahirkan pemidato yang mantap dan disegani.

SORRY!! ATAU MAAF

Pernahkah anda mengungkapkan kata ‘Maaf” atau “Sorry” apabila telah melakukan kesilapan? Mudah atau pun susah untuk anda melafazkan kata-kata tersebut? Apa yang anda rasa? Malu? Menyesal? Geram? Atau muka menjadi tebal?

Kata-kata maaf memang mudah untuk dilafaz. Namun,semudah itukah kita mampu memohon maaf daripada seseorang? Mengapakah semua ini boleh berlaku? Banyak sebab mengapa ada orang sukar untuk memohon maaf malah memaafkan orang lain. Antaranya kerana keegoan yang tinggi, merasakan dirinya sentiasa benar dan tidak bersikap terbuka.

Alangkah ruginya sebuah kehidupan andai jalan inilah yang dipilih. Bukan sahaja kehilangan sahabat malah akan kekurangan sahabat. Mengapa tidak dilapangkan dada belajar memaaf dan memohon kemaafan? Kerana jika hari ini kita sukar memaafkan orang lain maka suatu hari nanti kita juga sukar untuk mendapatkan kemaafan.

Sesungguhnya sebagai manusia biasa sememang kita tidak lekang daripada membuat kesalahan. Ubahlah diri jadikanlah diri anda sebagai seorang pemaaf!.

Selasa, 10 Mei 2011

Keletihan

Pernahkah anda merasa letih?Dengan badan lesu dan tidak bermaya? tau ada ketika tidak sanggup mengangkat mata? Semua itu adaalah fenomena biasa apabila badan terlalu keletihan. Persoaalannya bagaimanakah rasa letih kerterlaluan itu dapat kita kurangkan? Sedaangkan kerja masih banyak dan masa juga bagaikan tidak begitu mengizinkan.

Jangan biarkan diri anda terus-enerus tertekan dengan keletihan. Ambil masa barang sepuluh minit untuk merehatkan otak. Terapi paling berkesan bagi orang Islam adalah dengan mengerjakan solat. ambil wuduk dan solatlah sekurang-kurangnya sunat 2 rakaat. Sekiranya di rumah pada waktu petang, anda mungkin boleh mandi dahulu; ambil angin dengan memandang kehijauan daaun di keliling rumah, atau dengarkan alunan ayat-ayat suci Al-Quran atau muzik teraapi Kitaro yang boleh menenangkan jiwa. Sesekali mungkin boleh mendapatkan kopi panas yang boleh menyegarkan kembali badan anda. Ingat kopi panas bukan ais kerana ais boleh melemahkan badaan kita semula.

Keletihan adalah perkara biasa apabila banyakkerja yang perlu dibereskan. Walau baimaanana pun, bekerja jangan terlalu stress kerana stress akan meninggikan lagi kadar keletihan seseorang.

Isnin, 9 Mei 2011

Menghadapi Peperiksaan

Peredaran masa terasa berlalu begitu cepat. Jika dihitung-hitung, dicongak-congak masih banyak yang belum terlerai sedangkan peredaran waktu sudah sampai ke pertengahan Mei 2011. Kita barangkali masih merasakan seronoknya menikmati cuti musim tengkujuh,makan kenduri atau jalan-jalan dengan famili. Sedangkan ada kakak, abang dan sahabat kita sedang menghitung hari untuk masuk Universiti. Dan yang di bangku sekolah sedang membilang hari, melihat calendar atau mungkin mencatat dairi- tinggal beberapa hari lagi exam bakal menant.!

Persoalannya berapa banyak persediaan sudah kita lakukan?? Berapa banyak latihan Maths sudah dibuat? Berapa banyak ulangkaji sudah dimulai? Masihkah berleka-leka dengan kaca tv? Atau sedang asyik melayari internet layan fb? Jika masih seperti itu,maksudnya masih banyak yang tertinggal dan anda akan terus tertinggal. Sedangkan orang sudah mula mengorak langkah demi langkah, andabila lagi??

Hidup sebagai student bererti kita perlu mengorbankan sepuluh perkara untuk mendapatkan satu perkara yang lain. Dan pengorbanan kita meninggalkan sepuluh perkara itu walaupun pada masa ini begitu sukar akan menjadi ubat paling mujarab 10 tahun akan datang. Mungkin anda rasa kurang percaya. Jika benar begitu, mengapa tidak kita mencubanya dalam peperiksaan pertengahan tahun minggu depan?? JOM KITA CUBA…

Manisnya Menjadi Gadis

17 April 2011

Program bersama Prof.Madya Dr. Saedah A. Ghani Pensyarah daripada Univeristi Sains Islam Malaysia. Beberapa hari sebelumnya saya dihubungi Faezah, aunselor pelatih USIM yang berpraktikum di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kota Setar.

Menyedari betapa pentingnya kesedaran insaniah diserapkan di jiwa setiap anak SMK Sultanah Bahiyah, saya berbincang dengan PK Hem. Alhamdulillah, PKHem membawa pula usul dan cadangan tersebut kepada pihak pengurusan – Puan Pengetua. Dan akhirnya program duajam itumenjadi realiti.

Saya senang jika anak-anak SMKSB sentiasa diingatkan – kerana menjadi kewajiban kita saling mengingati memandangkan kita makhluk baharu – mudah terleka dan terlupa. Sebenarnya kadang-kala kita sering kali terlupa bahawa kita insan yang cukup istimewa. Cuma sesekali keistimewaan itu kita biarkan dikotori orang lain. Maka jadilah kita orang yang rugi.

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...