Rabu, 23 Mac 2011

TAHNIAH DAN BERBANGGALAH MENJADI WARGA BAHIYAH

Apa perasaan anda bila ramai calon SPM 2010 SMKSB yang mendapat keputusan cemerlang kali ini? Terkejut? Teruja? Bangga? Demikian hasil yang dapat dituai jika benih yang ditanam dibeaja dan dijaga. Mana mungkin hasil tanaman begitu lumayan jika dibiarkan kontang. Begitu juga kejayaan tidak datang bergolek jika tidak disusuri dengan strategi, tindakan dan penambahbaikan. Siapakah sebenarnya yang memainkan peranan menjadi pelaksana kepada segala kejayaan tersebut? Siapa lagi jika bukan anda (guru-guru, para waris, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah)?

Barangkali, kerana kekuatan itulah kebelakangan ini begitu banyak permintaan untuk memasuki SMKSB. Rupa-rupanya dalam diam semua orang di sekeliling sedang membuat penilaian dan penggredan terhadap kita. Sehingga kadang-kadang kita tidak berupaya membuat pilihan untuk kebaikan bersama.

Sewajarnya bagi yang berada di SMKSB, kita perlu berbangga kerana menjadi warga sekolah ini. Tidak perlu ada rasa takut atau rendah diri. Tidak perlu membanding kita dengan yang lain. Tidak perlu melihat di mana hebatnya mereka atau di mana kurangnya kita. Kerana semuanya bergantung kepada kita. Jika kita ingin hebat, tunjukkan! Jika kita ingin berjaya, buktikan!

Jika mereka boleh, kita juga boleh. Jika mereka Berjaya, kita juga Berjaya. PMR dan SPM 2010 itulah buktinya. Jadi.., Jangan biarkan apa yang berlaku hari ini terus menjadi sejarah. Ulangi lagi pada tahun-tahun yang bakal menjelang. Mari kita cipta sejarah yang lain pula!!

Selasa, 22 Mac 2011

SESEKALI PANDANGLAH RUMPUT DI BUMI

Pagi hari Isnin 750 pagi, rutinnya seperti biasaa saya menjemput seorang pelajar yang lewat daatang ke sekolah ke bilik saya. Setelah berbincang panjang ternyata banyak perkara yang terlepas pandang. Tidak dibuat tindakan dan susulan. Begitulah agaknya bila berhadapan dengan terlalu banyak kekalutan, kita menjadi terlalu mengambil mudah sesuatu perkara. Namun hati saya ternyata tidak tenang. Barangkali kerana saya dilahirkan dalam sebuah keluarga serba dhaif maka hati saya begitu cepat terkesan apabila berhadapan dengan permasalahan pelajar berhubung kemiskinan; kesusahan. Saya barangkali cuba ‘mencerminkan’diri pelajar tersebut seperti bayangan diri saya ketika zaman remaja. Berkongsi basikal dengan kakak, berulang-alik dalam jarak lebih 5 batu pergi dan 5 batu balik setiap hari untuk mendapatkan khidmat sebuah basikal kerana dhaifnya kehidupan.
Sehingga kini, ruang fikir saya tidak pernah mampu mencari jawapan mengapa tergamak insan mempersoalkan kenapa tidak membeli kereta atau suruh emak belajar kereta kepada pelajar yang mempunyai 8 beradik tanpa ayah? Begitukah cara seorang dewasa berhadapan dengan pelajar sedhaif itu? Persoalannya, kedhaifan dan kemiskinan pelajar bukanlah suatu tempat atau ruang untuk diterjah dengan kata-kata berbentuk sindiran yang boleh merosakan hati remaja mereka. Lantaran mereka juga manusia.
Saya cukup bersyukur kerana pernah punya barisan guru yang sentiasa memberi ruang untuk saya bernafas; membina kekuatan dalam diri dan memupuk kekuatan yang saya sendiri tidak tahu saya miliki. Saya cukup berterima kasih kepada semua guru saya baik yang masih hidup atau yang telah pergi – Cikgu Raja, Cikgu Yusof, Cikgu Khairi (saya sering membonceng basikalnya ke sekolah atau balik dari sekolah), Cikgu Md. Noor, Cikgu Hajar, Cikgu Mariam, Cikgu Asma, Cikgu Jalil,Cikgu Kornain dan banyak lagi yang tidak mampu disebutkan namanya disini. Terima kasih cikgu. Namun.., akan adakah cikgu-cikgu yang sentiasa prihatin dan bersuara lunak tanpa menguris hati ketika berhadapan dengan pelajar dhaif seperti kami???

Ahad, 20 Mac 2011

Kebersihan Fizikal dan Mental

Semua orang bercakap pasal kebersihan. Cikgu, emak, bapak, kawan-kawan malah dalam Islam sendiri. Hari ini pun pagi-pagi lagi cikgu dah membebel pasal kebersihan. Apalah yang pentingnya sangat kebersihan sampai semua orang nak bercakap pasal perkara yang sama???Kalaulah boleh difikir perkara lain, baik cerita pasal tsunami ke, pasal fb ke, tentu lagi seronok n ramai peminat. Ni...,nak cerita bab yang memeningkan kepala. Kenapa semua orang suka cakap pasal kebersihan??

Kalau ikutkan ada kebersihan banyak sebab. Kata kawan-kawan bila time sembang, kebersihan boleh jadikan otak kita bersih. Cakap pun bersih. Pakaian bersih. Fikir bersih. Apa pun bersih le. Betoi ke?? Mudah terima orang lain, tidak berperasangka buruk maksudnya tak ler.. dengki kat orang (macam tamak ke, suka mengumpat, kata ke, cemburu ... gitu le). Bila mental kita bersih dengan sendiri kita jaga fizikal - badan, rupa, penampilan - mudah didampingi dan akan disenangi. Betoi ke?? Kata orang lagi bile semuanya dah bersih tindakan juga akan menjadi lebih bersih. Tidaklah buat perkara-perkara yang tidak munasabah, lepas ni mungkin cikgu pun tak perlu berucap panjang dan telinga pun tak payah berasap lagi!!

Apa pun ingat-mengingati itu penting untuk kita orang Islam!!!

Sabtu, 19 Mac 2011

Melihat Keresaahan Pada Wajah Anakku

Semua oraang berada dalm stress cukup tinggi sekarang. Apa tidaknya result SPM 2010 akan muncul tanggal 23 Mac 2010. Ada yang dah tak lena tidur. Makan pun dah tak lalu. Si kakak, anak kedua saya pun asyik merapu macam-macam... Kesian la pulak?? Siap tanya sekian, sekian... Dulu saya pun pernah macam tu. Malasnyer nak jumpa orang. Lagi risau bila orang turut bagi respon mcam-macaam. Ni yang buat tension lebih ni...
Macam mana la nak mengadap muka semua orang? Masing-masing dok teropong tunggu nak tolong sebar cerita macam TV3. Kalau dapat bagus, bagusle depa gosip nanti, hai .. kalau dapat sikit gosipnye tentulah teruk jugak. Tulah yang buat semua orang tak senaang nak duduk. Mandi pun dah tak basah, makan rasa macam nak makan banyak-banyak jer...he..he..he...
Apaape pun.. apa yang kita tanam itule juga yang akan kita tuai pada 23hb nanti. Moh le kite tunggu...JANGAN MARAH!!

Ahad, 13 Mac 2011

Pertemuan Luar Jangka

Jika diikutkan badan yang agak keletihan, saya rasanya mahu sahaja bersenang-senang berbaring di atas tilam sambil membaca sehelai dua novel di pagi Jumaat 11 Mac 2011. Namun, kepulangan anak-anak dari asrama menuntut saya untuk mengetepikan rasa letih dan keinginan untuk bermalas-malas. Mahu tidak mahu sebaik menghantar anak kedua saya menghadiri kelas MUET, saya terus ke pasar mencari barangan basah untuk dimasak. Sebenarnya sepanjang minggu lepas, saya tidak mempunyai sebarang stok ikan, ayam atau sayuran. Semuanya kerana kelewatan saya pulang ke rumah dan rasa malas saya untuk menyediakan makanan.

Seusai membeli ikan dan sedikit sayur, saya menghampiri suami yang menunggu di ruang hadapan pasar. Sedang menikmati roti canai dan secangkir kopi panas. Mengambil raung di sebelah, secangkir air yang sememangnya menjadi kegemaran saya dudah di’order’. Saya mengambil keputusan untuk duduk sambil mata memandang ke hadapan. Benar-benar di hadapan saya. Yang duduk di meja sama. Barangkali saya terkedu atau terpegun. Seorang guru lama. Yang tentunya saya kenal walaupun saya tidak pernah berkhidmat di bawah seliaannya. Namu, nama beliau begitu gah di bibir guru-guru lantaran ‘kehebatan’nya menerajui para guru di bawah pentadbirannya.

Berbual dengan seorang tokoh yang hebat. Berkongsi idea dan maklumat menjadikan pagi saya bergerak begitu cepat. Pemimpin lama yang penuh dengan ilmu dan pastinya dedikasi kepada anak buah dan para pelajar. Menurunkan banyak ilmu dalam pertemuan yang begitu singkat. Kepimpinan, keterbukaan, kepercayaan dan penerimaan menjadikan ruang litup kehidupan seorang guru sangat bererti di mata semua orang baik guru-guru, para pekarja mahupun pelajar. Apabila berhadapan dengan tokoh ini, saya bagai melihat ke dalam diri malahan dunia pendidikan itu sendiri. Banyak sungguh ruang-ruang kosong yang perlu diisi untuk menyuntik kemenjadian seorang guru dan pelajar dengan satu pendekatan walaupun tegas tapi penuh kasih sayang. Sebaik ingin meninggalkan meja dan kerusi yang agak panas lantaran lamanya masa yang saya dan suami ambil untuk mendengar pelbagai idea, beliau sempat menasihati saya dengan satu kata-kata walau pun terasa mudah tetapi begitu tinggi maknanya, “ Berilah mereka makan apabila tiba waktunya; jangan biarkan waktu itu terlepas kerana makanan tersebut sudah hilang sedapnya!!”

Terima kasih Cikgu, barangkali waktu itu tidak akan berulang untuk kesekian kalinya.

Mesyuarat Agung PIBG SMKSB

Ruang dewan besar SMKSB dipenuhi dengan waris pelajar yang datang seawal 2.00 petang. Walau bagaimana pun, sesi mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 3.15 petang tertunda hingga 4.00 petang menjadikan ramai waris menanti dalam resah. Namun, keupayaan Puan Pengetua Pn. Hajah Rahinun membawa beberapa isu dengan sokongan fakta dari kajian-kajian yang dilakukan menjadikan para waris terus terpaku di kerusi.

“Hebat!” Demikian suara-suara yang saya dengar daripada para waris yang turut menjadi teman-rakan saya suatu ketika dahulu. Rata-rata mereka berterima kasih dan kagum dengan kesungguhan yang dilakukan oleh para guru di bawah pimpinan pengetua mengenalpasti isu-isu yang mendepani anak-anak. Secara kesimpulannya, mana-mana waris yang sememangnya komited terhadap perkembangan anak-anak, medan pertemuan antara guru dan waris dalam mesyuarat agung seperti ini merupakan medan perkongsian idea, penyelesaian dan merungkai segala kekusutan.

Kehebatan meneraju organisasi tidak hanya bergantung kepada produk yang dikeluarkan, tenaga pekerja malahan turut dibantu oleh klien-klien yang berada di sekeliling organisasi tersebut. Semakin banyak perkongsian idea, semakin banyak pertambahan nilai dapat dilakukan bagi meningkatkan kualiti pengeluaran produk. Maka, kehebatan pelajar SMKSB akan berkekalan dan meningkat melalui kuatnya sokongan para waris yang menjadi tulang belakang sekolah dengan meletakkan tanggungjawab membina, membentuk dan mendidik jiwa para pelajar di barisan paling hadapan kerana mereka adalah amanah yang cukup bernilai!!

Kaunseling Kelompok Mahasiswa UUM dan USIM

Sebaik selesai kursus PRS Fasa 1 petang Selasa 8 Mac 2011, kaki baru ingin melangkah pulang, telefon bimbit saya tiba-tiba berbunyi. Marziah, mahasiswa Universiti Utara Malaysia yang sedang menjalani latihan praktikum menghubungi saya. Niat untuk pulang terpaksa dibatalkan meskipun jam di tangan sudah menunjukkan angka 5.30 petang.

Bergegas ke Dewan Makan Siti Khadijah, dengan satu niat bertemu rakan-rakan kaunselor pelatih UUM dan USIM yang menjalankan latihan kelompok di SMKSB. Banyak persoalan dan idea dilontar dan dijawab sepanjang petang yang semakin menganjak ke senja. Badan terasa sedikit tidak bermaya memandangkan seminggu ini saya asyik ‘stay back’ dan hanya sampai ke rumah sebaik 6.00 petang. Namun keletihan itu bagaikan hilang sebaik rakan-rakan kaunselor pelatih ini menyarankan satu perkongsian ilmu dengan Dr. Saerah dari USIM untuk pelajar-pelajar SMKSB. Isu utama berkaitan ‘kemanisan menjadi seorang gadis’.

Demikian kehidupan yang sering dipermudahkan. Terasa begitu kerdilnya diri apabila berhadapan dengan seribu kenikmatan yang diberi oleh Allah SWT. Walau pun bukan untuk diri tetapi lebih kepada satu bakti untuk anak-anak SMKSB. Barangkali saya akan terus merasa puas untuk berbakti tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan balasan. Terlalu banyak yang dipermudahkan ketika menyusun-atur pelbagai aktiviti untuk mengangkat martabat pelajar. Pembinaan modul, perkongsian ilmu, kepakaran untuk kursus kepimpinan semuanya melalui komunikasi dengan teman-rakan di luar. Dan ini sebenarnya membantu melancarkan perjalanan merealisasikan setiap apa yang dihasratkan. Moga perbincangan dalam ruang masa terhad dengan keupayaan minda yang terbatas akan dapat direalisasikan sebelum semua kaunselor pelatih UUM dan USIM selesai menjalani latihan praktikum mereka.

KURSUS PRS FASA 1 DAN FASA 2

Selasa 8 Mac, dengan kekangan kekurangan kaunselor memandangkan Cikgu Noor Azlina tiba-tiba bercuti kerana masalah kesihatan, saya tetap meneruskan kursus Fasa 1 PRS seperti mana yang dijanjikan. Seramai 64 orang ahli PRS (baru dan lama) bergabung tenaga dan berkumpul di bilik B&K SMKSB. Semua ahli ternyata kurang selesa. Kesukaran mencari tempat sesuai dengan bilangan ahli yang begitu ramai tidak dapat dielakkan. Semua kawasan dan bilik besar termasuk diguna untuk pelbagai aktiviti. Berbetulan pula hari ini merupakan hari kegiatan kokurikulum. Dalam keadaan ‘darurat’ begitu sesi perkenalan masih berjalan walaupun dengan sedikit rasa ketidakselesaan!

Ketika menjalankan Kursus Fasa 2 pada esoknya (9 Mac 2011), hati bagai digeletik ketika melihat gelagat peserta dalam pelbagai aktiviti. Aksi dan gelagat sepontan menyerlahkan wajah-wajah sebenar para peserta yang bakal mewarnai kewujudan PRS SMKSB. Terasa begitu daifnya diri bila berhadapan dengan para pelajar sebegini. Banyak recam kehidupan yang perlu mereka lalui bagi mendewasakan diri. Aktiviti ‘melipat kain’ dan ‘belon amanah’ memberi kesedaran baru kepada diri setiap kaunselor. Kesemua pelajar ini, yang masih rebung tentunya mendambakan satu pendedahan untuk mematangkan diri sesuai dengan moto Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) itu sendiri “Bantu diri untuk Bantu orang lain”.

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...