Khamis, 29 Disember 2011

SEKOLAH PENYAYANG 2

Sekarang ini ketika sekolah sesi 2012 bakal dibuka tidak berapa lama lagi, semua sekolah di Negeri Kedah Darul Aman sedang sibuk memperkatakan tentang Sekolaah Penyayang yaang diumumkan kepada seluruh Pengetuaa dan Guru Besar pada 15 dan 18 Disember dahulu. Program Sekolah Penyayang merupaakan program mega JPN Kedah yang perlu dijalankan di sekolah-sekolah. Secara ringkasnya Pelaksanaan Sekolah Penyayang peringkat negeri Kedah yang akan dimulakan mestilah berteraskan kepada 9P dan 5K sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Pelajaaran Malaysia. Apakah yang dimaksudkaan 9P dan 5K itu?



9P merujuk kepada


a. Penyayang


b. Penerimaan


c. Penghormatan


d. Prihatin


e. Pemaufakatan


f. Perpaduan


g. Persaudaraan


h. Pengiktirafaan


i. Persefahaman


Manakala 5K merujuk kepada


1. Kesepunyaan


2. Kemesraan


3. Kepuasan


4. Keseronokan


5. Kesabaran


Bagi mencapaai matlamat yang ditetapkan Sekolah Penyayang, pihak sekolah boleh menjalankan pelbagai aktiviti menjurus kepada "Guru Sayang Murid" dan "Murid didahulukan, Pencapaian diutamakan" tetapi, tidak boleh lari daripada teras atau dasar yang telah ditetapkan. Para guru harus sedar sehingga ke peringkat akar umbi bahawa pelajar adalah klien yang sentiasa perlu diberi keutamaan. Pihak sekolah diharap mampu melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa akan "berlari ke sekolah, dan hanya berjalan apabila pulang!" Ini kerana tanpa pelajar mana mungkin akan ada seorang guru!!

Rabu, 28 Disember 2011

SEPETANG TIKA MEENZIRAHI SEORANG SAHABAT

Saya bermalas-malas di atas katil sebaik pulang dari sekolah petang tadi. Ambil seminit-dua membelek majalah Al-Islam bulan Disember. Hati tertarik membaca beberapa artikel termasuk pandangan Dr. Azizan Osman dan Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah KUIS, Pn. Sahlawati Abu Bakar berhubung “Istighfar dan Rezeki”. Sedang berenaak-enak anak bongsu saya menghulurkan telefon. “Mak.., ada telefon. Jawab jer..adik daah tekan,” katanya. Terpinga-pingaa sayaa menjawab. Rupa-rupanyaa dari seorang sahabat mengajak saya menziarahi seorang sahaabat yang terlantar sakit – kanser!


Tidak segera menjawab, saya menghubungi suami minta kebenaran sebelum pergi. Sebaik mendapat persetujun, saya segera masuk ke bilik air. Cuci muka serba sedikit dan terus berpakaian. Tepat 4.46 ptg, sahabat saya itu sudah berada di hadapan rumah. Kami bertiga mengambil kesempatan menziarahi teman yang sudah berbulan terlantar kesakitan.


Sedihnya apabila melihat sekujur tubuh yang dulunya ceria. Tiada apaa yang tinggal – rambutnya bagai belajar untuk tumbuh, badannya kurus melidi. Di atas meja ada mangkuk berisi ‘moi’ yang tidak habis di makan. Ada segelas – juga masih berbaki dengan air. Seorang anak perempuan berusia 11 tahun sedang bermain ‘laptop’ sambil menunggu siibu berbaring di katil. Masa mainnya dihabiskan di hadapan si ibu – menunggu dan menunggu, bergilir kadang-kala dengan si adik yang baru 6 tahun usianya.


Sebaik menerima salam kami, sahabat saya yang terlantar itu menggagahkan diri untuk bangun- walaupun ditegah berkali-kalinya. Barangkali seronok dengan kehadiran kami yang tentunya tidak terduga. Melihat wajahnya hati rasa begitu sedih. Yalah, biasanya dia akan bergelak ketawa,bercerita dengan gayanya. Tapi hari ini di hadapan kami orangnya begitu berbeza- hanya sesekali mencelah dan menjawab jika ditanya. Seri pada wajah itu sudah hilang, malah kekuatannya juga makin terpadam.


Saya tidak tahu bagaimana untuk ‘mendetailkan’ keadaannya di sini. Cuma naluri seorang sahabat bagai dapay merasakan kesakitan yang ditanggungnya sepanjang tempoh itu. Moga Allah SWT akan terus menganugerahkannya kekuatan – untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang dan kita tidak pasti bagaimana pula akan ‘diuji’Nya suatu ketika nanti. Moga sahabat saya akan cepat sembuh dan kembali seperti asalnya!!!

SEKOLAH PENYAYANG

Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.
Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku
.

Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu;
i. Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.
ii. Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi.

iii Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang ‘caring’ terhadap anak didik di sekolah dalam segala aspek.
iv Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah.
v Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka.
vi Mampu melahirkan guru-guru yang “first in, last out” di sekolah-sekolah.

Sabtu, 24 Disember 2011

FATIN NAIMAH DAN PMR 2011

TAHNIAH ANAKKU FATIN DAN SELURUH WARGA SMKSDO SERTA SMKSB


Debaran makin terasa. Bukan setakat Fatin Naimah yang bakal mengambil resultnya malahan juga adiknya Farah Izzati turut merasakan debaran tersebut. Kakaknya Farhana yang berada di MMU Cyberjaya turut menambah keresahan dalam jiwa. Begitu juga dengan puteri Saleha yang berada di UiTM Seri Iskandar. Masing-masing meluahkan rasa debar yang makin meningkat sedangkan jam terus bergerak melepasi angka sepuluh. Suamiku pula masih kalut di pejabat – banyak yang perlu dilunasi setelah lebih seminggu berkursus dan bercuti.


Talian SMS 15888 kebetulan tidak membantu apa-apa. Tiga kali percubaan masih tidak berjawab. Entah di mana pula silapnya. Barangkali begitu ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut sehingga tidak berupaya melayani semua permintaan.


“Marzida 8A. Shida dengan Hanna 6A”… Fatin memberitahuku keputusan kawan-kawan baiknya yang sudah mendapatkan result mereka di sekolah. Suamiku balik dan kami tidak tahu bila sudah berada di perut kereta. Perjalanan ke SMKSDO terasa begitu lambat walaupun jaraknya 5km cuma. Suasana di SMKSDO tenang – tidak semeriah sekolahku SMKSB. Yalah, kata orang lain padang lain belalang! “Biarlah Lang seorang yang ambik. Mak tunggu dalam kereta jer lah…” Namun anakku Farah tidak mengendahkan larangan kakaknya. Dia yang terlebih excited. Berjalan sama laju dengan kakaknya ke dewan SMKSDO.


Aku mengekori perlahan dari belakang. Mengikut langkah kedua-dua anakku yang semakin cepat di hadapan. Fatin segera ke meja guru tingkatannya. Slip keputusan dipegang dan aku yang berada di sebelahnya segera memeluk dan mencium puteriku itu. “Alhamdulillah!” hanya itu yang mampu aku lafazkan. Segera tangan mendail telefon suami yang masih di kereta. “Bang, 9A bang, Fatin dapat 9A”. “Alhamdulillah. Alhamdulillah.” Berkali-kali suamiku melafazkan rasa syukur dan aku merasakan ada getaran sebak di hujung talian.


Sebenarnya aku ingin berkongsi kegembiraan ini dengan semua teman-rakan juga guru-guru yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan puteriku Fatin Naimah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua dan Guru-guru Tingkatan 3 SMKSDO. Juga terima kasih kepada Pengetua dan teman-teman guru di SMKSB kerana member kebenaran unutk anakku menyertai kelas tambahan setiap kali cuti. Aku tidak dapat menggambarkan bagaimana jika kesemua guru dari keddua-dua sekolah ini tidak turut serta membantu aku yang cukup dhaif. Terima kasih, hanya allah SWT sahaja yang dapat membalas setiap budi baik teman-rakan. Dan yang sepatutnya menerima ucapan tahniah adalah kalian!! Tahniah! Tahniah! Jasamu pasti dikenang selagi hayat dikandung badan.

Jumaat, 23 Disember 2011

PMR, WARIS DAN SMKSB

Seronok sebenarnya melihat gelagat ibu bapa dan pelajar yang berpusu-pusu datang ke sekolah. Kenderaan para waris berderet sepanjang jalan dari luar pagar sehingga ke dewan besar sekolah. Ramainya waris macam SMKSB sedang mengadakan kenduri besar menyambut menantu pula. Di bawah Anjung Petah Bicara pula berbeza keadaannya. Semua orang bagai tidak sabar menanti nama demi nama pelajar yang mendapat straight A’s dipanggil pengacara – Pn. Wan Farahuna.


Pelbagai gelagat pelajar dapat disaksikan. Bukan sahaja pelajar malahan ibu bapa dan waris yang sejak tadi sabar menunggu 91 nama pelajar dipanggil satu-satu. Peneraju utama sekolah Pn. Hjh. Rahinun Mohd. Noor jika boleh ‘dibeli’ senyumannya hari ini – harganya tentulah yang paling mahal. Manakan tidak; itulah senyuman penuh kepuasan dari segala titik peluh seluruh warga sekolah sepanjang tahun 2011!


Jikalah saya berkesempatan menerokai hati para guru SMKSB saat ini – pasti hati-hati itu sedang berlagu riang. Menyanyikan gurindam penuh kesyukuran. Seronoknya melihat wajah-wajah setiap yang ada di bawah Anjung Petah Bicara – ada yang tersenyum, mulut becok bercakap-cakap, berpelukan malahan terlihat juga mata-mata yang berkaca. Dari celah-celah kesibukan itu saya bagai dapat merasakan tidak ada wajah yang tidak diundang kegembiraan; tiada. Yang ada cuma kegembiraan.


Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh guru dan pelajar Tingkatan Tiga 2011 kerana usaha mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Terutama guru yang kadang-kala memberikan komitmen cukup besar kepada anak didik mereka melebihi anak-anak sendiri. Cukup besar pengorbanan mereka itu yang jika diukur tidak ada tahap nilainya. Bangga saya menjadi warga SMKSB. Tahniah guru-guru dan pelajar-pelajar. Tahniah Puan Pengetua. Dan rasanya tahun hadapan SMKSB akan terus ‘diintai’ waris-waris untuk anak mereka!! Tahniah.

Jumaat, 9 Disember 2011

KENALI GENERASI Y

Kebelakangan ini kerapkali saya ditanya berkaitan Generasi Y. Ada yang ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan generasi Y walaupun isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Secara mudah saya beranggapan masih ramai yang tidak mempunyai pengetahuan asas berkaitan generasi y meskipun saban hari berhubung secara langsung dengan kelompok ini.

Berbicara tentang generasi Y ramai yang bertanya siapa mereka, bagaimana ciri-ciri mereka dan adakah generasi ini lebih baik daripada yang ada. Sebenarnya generasi apa pun hanyalah nama yang bertujuan membezakan beberapa kelompok manusia yang dilahirkan dalam lingkungan tahun tertentu. Saya sukaa merumuskan kelompok ini kepada 4 golongan berdasarkaan pemahaman saya dari bahan-bahan baacaan.

1. Generasi Baby Bloom - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1946 - 1964
2. Generasi X - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1965 - 1980
3. Generasi Y - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1980 - 2000
4. Generasi Platinum - kelompok insan yang lahir dari tahun 2000 dan ke atas

Secara tidak langsung saya melihat generasi Y adalah generasi remaja masa kini yang lahir ketika dunia kaya dengan ledakan maklumat, komputer malahan serba canggih dan serba cepat. Geenerasi ini membesar dan dibesarkan dalam suasana yaang pastinya amat berbezaa dengan generasi Baby Bloom dan juga generasi X. Apa yang pasti perbezaan ini juga menyebabkaan kita perlu mendekati golongan ini dengan saatu pendekataan yang jauh berbeza.

Terdapat beberapa ciri generasi Y yang boleh dikenalpasti. Antara lain generasi ini mempunyai keinginan untuk bersuara secara bebas termasuk ketika membuat pilihan, mereka juga lebih senang kepada keterbukaan, lebih cenderung kepada membina hubungan di antara satu sama lain dan mudah membina hubungan walau pun dengan orang yang baru dikenali, interaktif serta inginkan sesuatu secara pantas. Mereka juga tidak suka dikongkong dan suka membuat sesuatu untuk mendapatkan keputusan (lebih senang kepada inkuari penemuan).

Generasi Y sentiasa menjadikan gadjet-gedjet iaitu komputer dan handphone sebagai suatu keperluan dan amat penting yang sebelum ini tidak pernah terfikir oleh generasi X dan baby bloom. Ini kerana mereka adalah generasi yang melakukan perubahan melalui kehidupan dalam dunia tanpa sempadan termasuk persekitrannya.


Cuma apa yang dibimbangi sekiranya generasi Y ini akan terus tenggelam kerana leka hiburan, kerana mereka terlalu baanyak disogokkan dengan hiburan seperti mana yang diinginkan oleh golongan kapitalis.




Khamis, 8 Disember 2011

Menu dan Petua Untuk Pesakit Darah Tinggi

Hidangan Dielakkan
1. Nasi Beriani / Nasi Lemak / Nasi Goreng / Nasi Ayam
2. Mee Kari Mee/Meehon/ Kuey Teow Goreng
3. Roti canai/ telur/ Murtabak
4. Masak Rendang / Masak Goreng2 / Masak Lemak / Kari Bersantan / Ikan Masin
5. Kuih Bergoreng / Kuih Bersantan

Digalakkan
1. Nasi Putih / Kanji
2. Asam Laksa Mee / Meehoon @ KueyTeow Sup / Mee Rebus@Tomyam
3. Capati tanpa ghee / Tosai
4. Masak Tomyam / Ikan @ Ayam Bakar / Ikan Kukus / Masak Asam Pedas / Masak Tomato
5. Sandwich / Apam Tanpa Kelapa / Popiah Basah (tanpa udang / telur) / Kuih Kukus tanpa santan / Buah-buahan Segar

Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau

Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau

Makanlah biji buah Peria atau

Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau

Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau

Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau

Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau

Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau

Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
Ada beberapa cara tradisional untuk merawat penyakit Darah Tinggi (high blood ).

1-Rebus sedikit daun belimbing besi dgn 3 gelas air. biarkan air rebusan berubah menjadi kuning. Minum sebanyak 3 kali sehari.
2-Dapatkan akar pokok bakawali sepanjang lilitan perut anda. Kemudian kerat kecil2 dan keringkan. Makan selepas sarapan pagi. Selain itu, air rebusan juga boleh diminum. Amalkan setiap pagi.
3-Rebus pucuk betik sehingga mendidih.Kemudian minum air rebusan tersebut dan amalkan setiap hari. Inysa Allah , anda dapat melihat kesan dalam masa kurang sebulan.

Jumaat, 2 Disember 2011

Cikgu Halijah Mahmud: 14 & 15 NOV. 2011 : LAWATAN PERDANA PROGRAM SELEPA...

Cikgu Halijah Mahmud: 14 & 15 NOV. 2011 : LAWATAN PERDANA PROGRAM SELEPA...: Pelbagai pengisian diadakan untuk menarik minat pelajar datang ke sekolah sebaik habis sahaja Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah...

SEPANJANG JALAN KENANGAN : PROGRAM SELEPAS PMR 2011









Jualan Mega Tingkatan 3 - Meriah dan Mewah!












Bersama Dr. Shahnun Pejabat
Kesihatan Daerah










Talimat SBP

















14 & 15 NOV. 2011 : LAWATAN PERDANA PROGRAM SELEPAS PMR








Pelbagai pengisian diadakan untuk menarik minat pelajar datang ke sekolah sebaik habis sahaja Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011. Sebaagai sebuah institusi pendidikan yang mementingkan kemenjadian pelajar, SMKSB turut menyusun dan mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk pelajar-pelajarnya. Lawatan Perdana ke Shah Alam dan Kuala Lumpur menjadi antara aktiviti yang mungkin tidak mampu dilupakan. Banyak memori terindah sepanjang lawatan 2 hari 1 malam itu. Moga aktiviti sebegini akan terus memberi impak kepada para pelajar pada masa-masa akan datang.

Khamis, 1 Disember 2011

RABIATUL ADAWIYAH : PERINDU CINTA ABADI




Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi karya Zahiruddin Zabidi - saya mengambil masa selama 3 hari (28 Nov. - 30 Nov. 2011) untuk menghayati dan menekuninya. Tahniah kepada Zahiruddin atas sumbangannya dalam Novel Islamik yang pada saya cukup terkesan di hati. Menghayati dan membaca karya ini dengan bahasa santai dan mudah menyebabkan saya sukar untuk meninggalkannya. Terasa mahu menghabiskan karya 268 mukasurat ini cukup kuat. Namun, keterbatasan masa dengan komitmed yang lain menjadikan saya hanya berkesempatan membaca pada waktu petang dan malam. Namun alhamdulillah, akhirnya ternoknah juga sehingga ke mukasurat penamat.


Secara peribadi saya merasakan karya ini sesuai dibaca remaja sekarang. Sekurang-kurangnya sebagai panduan dalam melayari kehidupan. Mengenali seorang wanita wali Allah yang solehah dan zuhud; meninggakan segala bentuk kesenangan meskipun beliau berkemampuan untuk mendapat kemewahan tersebut.


Rabiah (keempat) dilahirkan dalam sebuah keluarga serba daif. Kemiskinan tidak pernah melunturkan semangat dan kecintaannya kepada Pencipta malah menguatkan lagi rasa cintanya. Menempuh pelbagai rintangan dan ranjau; halangan dan kesukaran - diculik, dijual, menjadi hamba, hampir diperkosa; kehilangan ibu-bapa malahan terpisah dari ketiga-tiga saudara perempuannya - menjadi anak yatim piatu tanpa saudara - tidak pernah melunturkan rasa kasihnya kepada Allah SWT. Malahan semakin menghampirkan dirinya kepada Allah. Demikian Rabiah - seorang wanita yang cukup agung dan kuat jati dirinya untuk diteladani dan dijadikan model kita.


Moga novel ini akan menjadi sebahagian bacaan untuk mendewasakan kita..

Dan Disember Pun Datang

Sedar atau pun tidak, hari ini adalah 1 Disember 2011. Bererti sudah 11 bulan kita meninggalkan tahun 2011. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Cuma tinggal kurang lebih 30 hari sebelum kita melangkah ke tahun 2012. Sedangkan Muharam sudah kita sambut hampir seminggu lalu. Demikian masa, cukup cepat meninggalkan kita tanpa mahu berhenti walau sejenak.

Jika dihitung-hitung, rasanya banyak lagi lompang-lompang kehidupan yang belum terisi. Sungguh banyak. Hinggakan kekadang, perhitungan kita tidak pula menemui noktah. Sedangkan kekosongan hati, kekosongan jiwa masih terasa di mata-mana. Malahan kadang-kala kepuasan untuk mendapatkan sesuatu tidak juga kita capai. Barangkali keluhan saya juga seperti keluhan orang-orang lain. Kita hanya sebahagian dari warna-warna kehidupan dan tugas kita adalah untuk memenuhi setiap ruang kehidupan itu dengan nafas yang berharga. Tentunya yang berharga untuk diri, agama, bangsa dan juga negara.

Namun sesekali apabila menconggak-conggak, rasanya kita kerapkali pula leka mengejar kemanisan duniawi. Lalu melupakan pula yang hakiki. Dalam hidup ini, kita perlu sentiasa menjaga - mulut dan perkataan, tingkah laku dan perbuatan. Tertanya dalam diri - sejauh mana sepanjang sebelas bulan ini, saya telah menjaga pancaindera dari mengguris perasaan orang keliling, teman-rakan dan sahabat handai. Apakah akan ada ruang untuk saya menjaga dan memelihara semuanya tanpa ada hati-hati lain yang terasa.

Dan rasanya, kehadiran Disember ini mengungkap seribu peringatan - bahawa usia akan terus menginjak dan sejauh mana pula saya bersedia untuk terus melakukan perubahan. Pastinya yang positif untuk mengangkat martabat diri - di mata semua. Bukan untuk dihormati atau disanjungi tetapi lebih kepada mengenal diri!!

Khamis, 24 November 2011

MURID MINAT; GURU MINAT

(Tulisan ini saya petik dari blog seorang bloger yang lain tanpa menyunting satu apa pun sebagai renungan buat insan bergelar guru)

Budak-budak tu memang tak minat belajar. Itu rungutan cikgu yang kadang-kadang dapat kita dengar.
Kalau dah tak minat belajar, macam mana nak diajar? Siapa yang patut menarik minat murid supaya belajar. Siapa lagi kalau bukan cikgu? Kalau bukan kepada murid, kepada siapa lagi yang hendak cikgu sampaikan pengajaran?

Cikgu kena cari jalan, kena ada cara supaya murid berminat subjek yang cikgu ajar. Memang kena cari cara nak pupuk minat budak-budak tu.
Kalau tidak, siksalah cikgu. Nak mengajar bukan setahun dua, berpuluh-puluh tahun.

1.Kaitkan Dengan Murid:
Kalau budak-budak tanya, “Kenapa saya belajar perkara ni cikgu?”. Dan cikgu pun jawab, “kerana saya suruh awak belajar, awak kena belajarlah!”. Jawapan macam tu akan mengikis kewibawaan cikgu!. Pentingnya subjek yang cikgu ajar tu kena kaitkan dengan kehidupan budak-budak tu. Biar mereka tahu apa gunanya untuk kehidupan mereka. Mengajar Matematik, Sejarah, Geografi dan lain-lain kena kaitkan apa yang diajar tu dengan gunanya dalam kehidupan mereka tu.

2.Kaitkan Dengan Cikgu:
Cikgu kena pandai bercerita. Kaitkan subjek dengan cerita atau kehidupan cikgu sendiri. Budak-budak suka dengar cerita. Memang cikgu kena kreatif. Macam mana nak masukkan cerita dalam subjek matematik? Memang kena kreatif.(Saya dulu mengajar, Kesusasteraan, BM, Pendidikan Seni, Sejarah, Geografi dll, taklah susah nak bercerita!)

3. Kecindan Cikgu:
Cikgu pun kena ada unsur kecindan (ceria, seronok, kelakar) juga. Tapi kena pandai gunakannya berpada-pada. Jangan pula sampai jadi badut. Nanti hilang fokus. Taklah cikgu rasa stress atau letih melayan budak-budak tu. Kalau cikgu seronok, tahap minat akan meningkat bersama-sama dengan minat budak-budak tu juga. Kan bagus, bila selesai belajar setiap hari, cikgu pulang ke rumah pun dengan rasa ceria.

4. Senyumlah, Cikgu.:
Kita boleh tersenyum bila kita rasa seronok. Kadang-kadang ketika mengajar, saya pun serius juga. Tapi saya akan senyum semula bila ada pelajar saya bertanya kalau-kalau mereka telah membuat saya marah atau ada perbuatan mereka yang saya tak suka. Budak-budak juga boleh menduga perasaan kita.

5. Ketawalah, Cikgu:
Cikgu pernah ketawa dalam kelas?. Saya akan ketawa kalau saya rasa saya patut ketawa. Bukan ketawa seorang diri. Ketawa bersama-sama pelajar saya. Kadang-kadang cikgu tension dan budak-budak juga tension. Untuk baiki keadaan, apa salahnya sesekali ketawa bersama pelajar. Ini pun kena kreatif juga. Buka tiba-tiba ketawa tak tentu pasal!

Benda-benda macam ni nampak macam remeh-temeh saja. Tak diajar pun masa ikuti kursus perguruan dulu. Tapi saya rasa, sekurang-kurangnya boleh bantu tarik minak budak-budak tu. Dan kadang-kadang, boleh timbulkan minat cikgu juga. Timbul rasa seronok. Semakin cikgu rasa ceria masa mengajar, semakin minatlah budak-budak tu. Dan bila pulang ke rumah, cikgu akan rasa seronok mengingat kembali apa yang telah berjaya cikgu capai di sekolah tadi.


Selamat mengajar, cikgu!

MEMBACA : SKIMMING DAN SCANNING

Teknik skimming dan scanning. Sekilas kedua cara ini sepertinya sama, meskipun sebenarnya berbeda. Skimming dilakukan untuk melakukan pembacaan cepat secara umum dalam suatu bahan bacaan. Dalam skimming, proses membaca dilakukan secara melompat-lompat dengan melihat pokok-pokok pikiran utama dalam bahan bacaan sambil memahami tema besarnya. Sementara scanning adalah mencari satu jenis informasi tertentu dalam bahan bacaan.

Bayangkan jika anda harus membaca buku setebal 300 halaman. Apakah yang harus anda lakukan terlebih dahulu?Apakah langsung mulai membaca dari halaman pertama sampai terakhir?Apakah membaca halaman paling depan, halaman belakang dan daftar isi terlebih dahulu?

Jika anda berencana membaca suatu buku dengan halaman yang cukup banyak misalkan 50 – 300 halaman, maka hal pertama yang perlu dilakukan adalah melihat sekilas apa yang dibahas dalam buku tersebut. Dalam proses membaca, teknik ini dikenal dengan istilah melakukan preview atas isi buku. Dan untuk melakukannya digunakan skimming.

Bagaimana Melakukan skimming?

Skimming dilakukan dengan cara membaca judul bab, sub bab, dan beberapa alinea pertama dalam setiap bab-nya. Jika buku tersebut memuat kesimpulan dalam tiap bab, maka Anda dapat pula membaca sekilas ringkasan tadi.

Fungsi skimming adalah mendapatkan ide utama tentang topik bacaan, bukan detailnya. Jadi skimming dapat dikatakan berhasil jika Anda bisa mendapatkan ide pokok dan bisa membayangkan apa yang dibahas dalam keseluruhan isi buku secara umum.

Proses skimming ini sangat berharga sebelum Anda membaca secara mendalam halaman demi halaman. Dengan skimming Anda mempersiapkan otak untuk menghadapi bahan bacaan yang sesungguhnya. Selain itu skimming juga berguna menciptakan rasa ingin tahu, memastikan apakah buku yang akan dibaca sesuai dengan yang diharapkan, dan mendapatkan pokok cerita.

Fungsi Skimming

Selain untuk melakukan pembacaan sekilas, skimming juga berguna dalam banyak proses membaca lainnya. Adapun beberapa alasan mengapa skimming dapat dilakukan tanpa harus terlalu khawatir kehilangan makna adalah:

  • Kebanyakan kalimat hanya memiliki beberapa kata penting yang menjadi pembentuk strukturnya. Dengan menghilangkan kata-kata lain yang tidak terlalu penting, maka makna kalimat sudah dapat ditangkap tanpa harus kehilangan makna sesungguhnya. Pada kesempatan yang akan datang saya akan membahas hal ini yang dikenal pula dengan nama telegraphic reading.
  • Dalam bahan bacaan yang cukup tebal, tidak semua bagian memiliki tingkat kesulitan yang sama. Ada bagian tertentu yang memang relatif lebih ringan dan mudah dipahami dibandingkan dengan bagian yang lain. Bagian yang ringan dapat dibaca dengan sangat cepat lewat skimming sedangkan bagian yang lebih sulit dibaca secara lebih lengkap dan teliti.
  • Ada kata-kata tertentu yang sangat penting dan berperan dalam membentuk struktur kalimat yakni subjek dan predikat. Masing ingat pelajaran bahasa Indonesia dulu? Subjek-Predikat-Objek-Keterangan (SPOK)? Dengan menguasai struktur kalimat dalam bahan bacaan dan menguasai terutama Subjek dan Predikat, maka inti bacaan sudah dapat dikenali. Karena itu, berfokuslah pada kata benda dan kata kerja. Selain itu, kuasai pula kata-kata penghubung yang bisa mengubah makna kalimat secara nyata jika kata-kata tersebut dihilangkan. Kata-kata tersebut antara lain: tidak, bukan, meskipun, akan tetapi, sebaliknya, pada sisi yang lain, dst.

Proses Skimming

Karena skimming berguna untuk mendapatkan gambaran umum suatu bahan bacaan, maka perlu koordinasi yang baik ketika melakukan skimming dengan otak yang aktif bertanya, menganalisa, membandingkan, serta membuat kesimpulan.

Oleh karena itu, jangan dianggap skimming seperti membaca sambil lalu. Sebaliknya, dibutuhkan proses membaca aktif di mana semua indera yang terlibat bekerja, mulai dari mata, otak, bahkan indra lain seperti penciuman dan pendengaran. Membaca aktif adalah ketika Anda seolah-olah masuk ke dalam bahan bacaan itu sendiri dan bisa mendengar, mencium serta merasakan apa-apa yang dituliskan.

Berikut adalah bagian-bagian penting yang perlu diperhatikan ketika melakukan skimming:

  • Baca cover atau jacket buku yang biasanya menjelaskan tema besar buku tersebut dan mengapa buku tersebut penting buat Anda
  • Baca kata pengantar. Banyak orang malas membaca pengantar karena dianggap basa-basi. Hal tersebut keliru. Kata pengantar seringkali sangat penting karena penulis biasanya menjelaskan proses penulisan buku tersebut dari awal sampai selesai serta pendekatan yang digunakannya. Dari kata pengantar Anda bisa mendapat gambaran apakah buku yang sedang dipegang memang layak untuk dibaca sampai selesai atau sebenarnya tidak penting buat Anda. Bagian yang berupa ucapan terima kasih, penghargaan dan sejenisnya bisa dilewatkan.
  • Baca daftar isi. Ya, banyak orang juga melewati bagian ini dan langsung melompat ke bab pertama. Ingat, daftar isi memberi gambaran struktur pembahasan dalam buku. Ini akan membantu Anda menguasai bahan bacaan dalam konteks yang besar dan lengkap. Selain itu, tidak setiap bab penting untuk dibaca. Ada bab-bab yang bisa jadi sudah Anda pahami dari buku-buku yang pernah dibaca sebelumnya sehingga bisa dilewatkan atau dibaca sekilas saja. Energi yang lebih besar nantinya dapat difokuskan pada informasi baru yang memang perlu Anda kuasai dari bahan bacaan tersebut.
  • Baca judul bab, sub judul dan heading. Amati diagram, gambar dan keterangan tambahan. Secara cepat baca setiap halaman hanya 1-2 detik saja. Baca judul bab, sub judul, heading serta amati secara singkat gambar atau diagram yang menjadi penjelas bab tersebut. Dapatkan ide pokok hanya dari judul tadi. Ingat, Anda juga telah menguasai struktur penulisan ketika mempelajari daftar isi sebelumnya.

Demikianlah teknik skimming yang dapat anda lakukan sebelum membaca keseluruhan isi buku dengan lebih detail. Dengan skimming, Anda dapat menguasai isi buku secara umum dalam tempo yang singkat sekaligus mempersiapkan diri untuk pembacaan yang lebih menuntuk konsentrasi. Untuk buku dengan ketebalan 100 halaman, Anda mungkin perlu melakukan skimming sekitar 5-7 menit saja. Dan 5 menit yang dihabiskan tadi akan sangat membantu dalam pemahaman keseluruhan terhadap konteks bahan bacaan.

MARI BERTEKA-TEKI BERSAMA SAYA

Sesekali apabila duduk-duduk menghabiskan masa bercuti sambil menjaga anak ketiga saya (Fatin Naimah) yang diserang demam sejak beberapa hari lalu, tangan dan minda saya tergerak untuk berkongsi teka-teki - sebahagian daripada warisan puisi lama kita. Dulu semasa arwah bapa saya masih ada, beliau kerap berteka-teki dan keluarga kami seringkali riauh-rendah menjawab setiap teka-teki yang diajukan arwah. Seronoknya masa itu, sambil gelak-gelak ada ilmu yang ayahanda saya terapkan. Sayangnya masa itu tidak mungkin akan berulang. Rindu saya pada arwah yang kaya dengan ilmu puisi lama(tradisional). Alfatihah untuk kedua-dua ayahanda dan bonda saya yang sudah pergi jauh meninggalkan saya dan keluarga - moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang bertaqwa.

PANTUN TEKA-TEKI

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?

Kelip-kelip kusangka api
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati
Kalau mati mana kuburnya?

Budak-budak bermain batu
Batu dikira satu persatu
Badannya lurus bermata satu
Ekornya tajam apakah itu?

Masak tumis sambal petai
Makan kenyang sambil sendawa
Anda menziarah sahabat handai
Buah apakah yang akan dibawa?

Belayar perahu dari Bentan
Menyusur tepi Selat Melaka
Lebar kepala dari badan
Apakah ikan cubalah teka?

Mak Minah menanak minyak
Kemenyan dibakar dengan setanggi
Dua peha beranak banyak
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

Orang bekerja diberikan upah
Hidangan disaji dalam talam
Gajah putih ditengah rumah
Layar terkembang di waktu malam?

Gigi berduri tatah bersigai
Pembelah kayu ia berguna
Jika tuan orang yang pandai
Benda apakah makannya dua cara?

Jika ke kedai pergi berbelanja
Belikan saya sudu dan senduk
Jika pandai katakan ia
Semakin berisi semakin menunduk?

Senarai Jawapan

Jawapan 1 : Belon
Jawapan 2 : Tapak Sulaiman
Jawapan 3 : Kilat
Jawapan 4: Jarum
Jawapan 5: Buah Tangan
Jawapan 6: Ikan Pari
Jawapan 7: Tangga
Jawapan 8: Kelambu
Jawapan 9: Gergaji
Jawapan 10: Padi



KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAH

Anak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai galakan, saya kerap pula diminta menyediakan teks pidato bagi tajuk-tajuk pidato spontan yang mereka mungkin akan terima pada hari pertandingan tersebut. Berikut merupakan beberapa teks pidato yang mungkin boleh menjadi panduan kepada para pelajar yang suka mengambil bahagian dalam pertandingan pidato.

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.

Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.

Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.

Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan cabang iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana kebersihan lambing ketamadunan seseorang.

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi?? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi pertauran yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.

Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap ini akan sentiasa diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna. Oleh itu, ‘berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita’. Sekian, terima kasih.

FAEDAH MENABUNG

Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap orang? Orang-orang tua ada menyatakan, ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’. Maksudnya jika hari ini kita berjimat – cermat, hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.

Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran adalah tinggi. Ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.

Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata orang ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.’ Sekian, terima kasih.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk mendapatkan makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang? Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.

Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.

Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya konsentrasi pelajar di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Terima kasih.

KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit beruniform.

Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manafaatnya adalah kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.

Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan masa senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Ini membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah akhlak.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak kata orang; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya!

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 28 Oktober 2011

BENGKEL SCHOOL WATCHING SMKSB


Program Selepas PMR dimulakan kelmarin dengan taklimat dan juga pemulangan buku teks. Hari ini 13 Okt.2011 (Khamis) diatur pula satu program lain iaitu "School Watching Shop" - suatu program pendidikan menghadapi bencana yang kuperolehi di Pulau Pinang bersama 5 orang rakan lain dari Daerah Kota Setar pada bulan Jun yang lalu. Amat teruja sebenarnya aku untuk mengendalikan program ini di sekolah. Selain pelajar-pelajar mendapat ilmu tentang pendidikan bencana,program ini memberi ruang untuk pelajar menjadi mata dan telinga sekolah. Melihat ruang-ruang yang masih memerlukan perhatian khusus dan ini memudahkan pihak pengurusan. Sehari bersama pelajar di dewan SMKSB rasanya tidak mempunyai kepuasan. Banyak sungguh yang dapat mereka pelajari secara tidak langsung. Dan bagi aku program ini cukup berjaya - memberi pendidikan secara tidak formal! Yang penting para pelajar mendapat manafaat daripadanya. Enjoy malah menghilangkan rasa kepenatan belajar selama ini. Dan hasilnya boleh dilihat melalui apa yang aku paparkan. Tahniah untuk seluruh anak didikku.

22 OKTOBER; MEMORI TERINDAH

Tanggal 22 Oktober 2011- manisnya masih terasa. Barangkali sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. Hari yang sama beberapa peristiwa manis berlaku serentak. Mungkin Allah SWT ingin menguji atau memberi sedikit ruang untuk aku merasa gembira. Alhamdulillah.

Dari jauh aku hanya mampu memanjatkan doa. Untuk puteri keduaaku - Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-18. Sudah dewasa rupanya dia. Cepat sungguh masa berlalu. Dan kita aku sudah punya seorang anak gadis yang perlu dijaga dan dipelihara. Tidak pernah sekali pun dalam doaaku melupakan 'dia' - anak gadisku itu.

Nun jauh di selatan - anak arwah abnag sulungku - yang bongsu sedang mengikat tali pertunangan. Satu langkah untuk memulakan faasa kehidupan yang seterusnya. Maaf kerana aku tidak bisaa menjejakkan kaki ke saana. Jaauhnya jarak antara Alor Setar dengan bandar Segamat - menyukarkan untuk aku mengunjungi mereka. Namun, 2 orang adik serta kakakku dan keluarga mereka telah turut memeriahkan majlis tersebut.

Itu antara cerita gembira 22 Oktober. Malaamnya, tika hati berbelah bagi untuk ke Regency Hotel sempena majlis Jamuan Makan Malam Staf SMKSB - aku gagahkan diri. Hujan lebat sepanjang petang dengan kekalutan menyiapkan modul Kem Kecemerlangan di Kem Kenari Nature Park esoknya - aku tiba di kaunter pendaftaran tika rakan-rakan lain sudah mula memenuhi ruang. Tidak ada yang seronoknya kerana sepanjang 20 tahun bekerja aku tidak pernah mendapat apa-apa cabutan bertuah.

Satu demi satu raakan maampir menerima hadiah. Nombor aku 077 tidak juga disebut pengacara sedangakan 076, 075 dan 078 sudah dipanggil. Hanya tinggal dua hadiah sahaja. Dan aku tahu harapan untuk mendapat sebarang cabutan semakin malap. Rashidi - peengacara tetap dan berpencen setiap tahun masih galak berceloteh. Dengan ucapan tahniah dan kata-kata insan bertuah perlahan-lahan Rashidi menyebut angka 0...., ...7 dan ....7! Terpempan dan terkejut. malah mungkin terkedu. Seketika aku tergagam. Teringat sebelum pergi tadi, suamiku mengusik dan memegang tanganku, "Mai abang baca doa sikit. Kut2 boleh dapat hadiah!!" "Hehehe..." aku tergelak dengan sikap suamiku itu. Dan Allah SWT menganugerahkan aku suatu rahmat yang sungguh besaar ertinya. Terima kasih allah.

Malamitu, rupanya tidak berakhir di situ - sekali lagi namaku dipanggil untuk menerima anugerah kehadiran penuh - dengan sijil dan juga hamper barangan tupperware! Allah - sungguh malam ini milikku hasil rahmatMu.

Dan aku pulang dengan seribu memori yang cukup indah. Pertama kali memenangi cabutan bertuah!! Terima kasih Allah. Sungguh banyak yang Kauberikan kepadaku namun, hanya sedikit sahaja yang mampu kubalas! Terima kasih.

Rabu, 26 Oktober 2011

Cikgu Halijah Mahmud: MAAF, KEHILANGAN YANG BEGITU PANJANG

Cikgu Halijah Mahmud: MAAF, KEHILANGAN YANG BEGITU PANJANG: Terasa begitu lama membiarkan laman ini kosong tanpa catatan sebarang idea. Meskipun ada ketikanya keinginan untuk menulis itu ada namun...

Cikgu Halijah Mahmud: SIAPA GURU

Cikgu Halijah Mahmud: SIAPA GURU: SIAPA GURU ? Guru? “ Jadi guru? Taknak lah. Baik saya jadi Doktor, peguam , jurutera atau bisnesman. Kerja-kerja itu lagi untung. Duit pu...

MAAF, KEHILANGAN YANG BEGITU PANJANG

Terasa begitu lama membiarkan laman ini kosong tanpa catatan sebarang idea. Meskipun ada ketikanya keinginan untuk menulis itu ada namun, kekangan masa kerap pula membatasi kemampuan diri. Banyak sungguh tugas-tugas yang menjadikan kesempatan tersebut terhalang. Sehingga rasanya untuk bersantai juga tidak ada waktu yang terluang.

Cuti Deepavali ini memberi sedikit ruang – bersantai di depan computer. Keinginan yang terperap hampir sebulan perlu direalisasikan hari ini. Sekurang-kurangnya sebaris ayat untuk dikongsi di alam maya. Sebenarnya banyak sungguh aktiviti dan memori yang ingin dikongsi. Bermula sebaik tamat peperiksaan PMR 2011. Namun nyata kadang-kadang kita hanya mampu merancang tetapi yang menentukan hanyalah Allah semata-mata.

Semalam sebaik balik dari Kem Kenari Nature Park Yan, saya berhadapan dengan computer untuk menyiapkan laporan kuanseling dan dihantar secara online ke KPM (Borang L4). Sebenarnya sudah ramai rakan dari Daerah Kota Setar bertindak secara kelompok dan menghantar borang L4 tersebut. Namun saya antara yang terlewat memandangkan saya berada di Yan mengendalikan satu kursus untuk anak-anak veteran tentera Malaysia bersama MGK Kota Setar.

Dan sebaik selesai, saya bersama suami menghantar Cikgu Azlina menaiki bas untuk pulang ke kampong di Kelantan hingga jam 10.00 malam. Sebaik sampai di rumah, ternyata mata dan badan tidak boleh berfungsi lagi. Maka,saya mengambil keputusan merehatkan diri. Begitu cepatnya peredaran masa – sehingga banyak yang membataskan kita. Sebaik membuka halaman ini, saya diterpa kesayuan memandangkan ramai yang meninggalkan catatan. Saya tidak berkesempatan membaca dan membuat kunjungan balas. Cuti ini pasti saya manafaatkan untuk membuat komentar semula. Terima kasih pada semua!!!

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...