Selasa, 24 Februari 2009

Tahniah : Cikgu Bangga Anda Berubah

Hari ini cikgu didatangi oleh seorang pelajar. Wajahnya cukup menggambarkan kegembiraan. Jauh berbeza dengan wajah yang datang kepada cikgu lebih kurang 3 minggu lepas. Cikgu jadi kagum. Teringat perjanjian yang telah dibuat dengan cikgu. Tempoh perjanjian tersebut ternyata belum tamat. Namun, pelajar ini sudah jauh berubah. Dia datang kepada cikgu dengan penuh semangat. Datang untuk kawan-kawan, katanya. "Yang penting, saya dah boleh susun jadual belajar, tak tension dan seronok, cikgu," katanya menjadikan hati saya berbunga. Saya senyum meleret dan terus mengucapkan tahniah. Bangga sungguh cikgu kerana pelajar ini sudah mendapat dirinya yang sebenar. Cikgu sangat berharap agar dia akan menjadi 'model' kepada pelajar-pelajar lain. Memberi nafas baru bahawa sebenarnya pilihan kedua ibu bapa adalah yang terbaik untuk anak-anak mereka dan bukan bertujuan untuk mendera. Saya sangat berharap agar pelajar ini akan terus mengorak langkah untuk menuju jalan ke puncak. Tahniah!! Cikgu bangga dengan anda!!

Isnin, 23 Februari 2009

Kita Perlu Bijak Merancang

Ramai pelajar mendatangi cikgu dengan pelbagai persoalan tentang tips-tips untuk belajar. Ada diantara mereka yang susah hati kerana terlalu banyak homework diberi oleh guru. Tambahan pelajar form 5 - tidak cukup rehat kerana hujung minggu lepas terlibat dengan program imbas. Cikgu faham, itu situasi biasa sebagai student. Semua pelajar perlu bijak merancang hidup mereka jika mereka hendak berjaya. Dunia pelajar (remaja tentunya), terlalu banyak godaan dan cabaran. Jika kita kurang bijak membahagikan masa antara aktiviti sebagai seorang pelajar dengan aktiviti seorang remaja, maka kita akan kecundang. Mengalami stress dan kesannya migrain, sakit perut atau mungkin muntah-muntah. Oleh itu rancang jadual harian anda supaya tidak terlalu terhimpit dengan aktiviti sekolah yang padat dan sendat!! Anda boleh lakukan.

Khamis, 19 Februari 2009

Kak Lang Dan Adik


Inilah puteri ketiga dan ke-4 cikgu; Kak Lang dan Adik. Seperti Mawardi dan Farhana. Kedua mereka juga permata hati cikgu. Bukan setakat berjaya di dunia cikgu juga berharap mereka akan berjaya di akhirat. Kedua-duanya ada potensi - Kak Lang ada motivasi tinggi dalam diri. Adik juga sering menunjukkan komitmen dalam kerja yang dilakukan. Cikgu tahu mereka boleh berjaya.

Puteriku FARHANA



Farhana. Puteri cikgu yang ke-2. Sekarang di SMK Agama Kedah. Cikgu sangat berharap agar Farhana mendapat street A dalam SPM. Jadi model kat adik-adik. Macam abangnya, Mawardi. Cikgu tahu, Farhana pasti dapat lakukan yang terbaik.

Rabu, 18 Februari 2009

Anak Sulung


Anak sulung cikgu. Ahmad Mawardi. Sedang menuntut di UiTM Sg Petani. Diploma Sains Kuantitatif. Cikgu harap Mawardi akan berjaya dan boleh menjadi model untuk adik-adiknya.

SERONOKNYA MEMILIKI BLOG SENDIRI!

Hidup anda pasti lebih ceria dengan memiliki blog sindiri. Pelbagai cara anda boleh gunakan untuk melahirkan kreativiti anda disini. Menulis, mengarang, melahirkan rasa hati, berkongsi pengalaman, menyimpan maklumat dsb. Setiap kali anda posting hasil anda bermakna anda telah menghasilkan satu simpanan dokumen penting untuk diri anda !! (hma0.1....)

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...